EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Barcelona potong gaji tampung rugi

0 month ago, 27-Mar-2020

BARCELONA berkata, mereka bakal memotong gaji bagi menampung kerugian akibat wabak Covid-19 namun gergasi Sepanyol itu tidak menjelaskan lebih lanjut sama ada semua terbabit dengan langkah itu.

Semua aktiviti bola sepak digantung di Sepanyol yang setakat ini membunuh lebih 4,000 orang dan menjangkiti 56,000 yang lain.

"Penggantungan kejohanan susulan pandemik Covid-19 di samping membatalkan semua aktiviti sukan dan bukan sukan turut membabitkan kelab kami, kata kenyataan dikeluarkan Barcelona awal pagi tadi.

Kelab itu turut mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kesan selain meminimakan impak ekonomi akibat krisis itu.

Bagaimanapun, kelab Catalan itu tidak memberikan butir lanjut skala pemotongan gaji ke atas semua yang terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 7:56 AM


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...