EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Banyak lagi kenderaan di jalan raya' - Agong

0 month ago, 20-Mar-2020

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati rakyat agar terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baginda bersama anakandanya mencemar duli dengan memandu kenderaan meninjau sendiri keadaan bagi melihat suasana terkini di sekitar Kuala Lumpur selepas pelaksanaan PKP.

Saya dapati banyak lagi kenderaan di jalan raya dan ini sudah tentu tidak menunjuk yang baik.

Saya harap ini dapat dikurangkan secepat mungkin kerana ia untuk kebaikan bersama masyarakat dan Malaysia khususnya di Kuala Lumpur, titah Baginda ketika melalui beberapa lebuh raya di Kuala Lumpur hari ini yang disiarkan menerusi akaun Instagram, Istana Negara.

Difahamkan, antara lokasi yang baginda lalui termasuk di Jalan Semantan, Sri Hartamas, Loke Yew, Ampang serta meronda di sekitar Jalan Bukit TAR, Bukit Bintang, Sultan Ismail dan KLCC.

Sebelum itu, baginda turut meninjau beberapa lokasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan Raya sempena arahan PKP di sekitar Kuala Lumpur.

Baginda menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas yang bertugas membendung wabak Covid-19.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...