EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Bantuan Segera Kepada Mangsa Ribut Kampung Sungai Las

0 month ago, 13-Jul-2019

Oleh : Ariss Alias

SETIU Bantuan segera akan diberikan bagi membantu penduduk Kampung Sungai Las dekat sini yang dibadai ribut.

Pengarah Majlis Tindakan PAS DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, beberapa buah rumah dan zink stor masjid telah rosak akibat taufan bencana alam tersebut.

Kejadian (berlaku) kira-kira jam 4.30 petang semalam, kepala angin menyebabkan atap beberapa buah rumah tercabut dan zink stor masjid diterbangkan angin sehingga masuk ke halaman rumah penduduk.

Saya sempat melihat sendiri kejadian kepala angin ini yang menerbangkan atap zink stor masjid yang mana berhadapan dengan balairaya, ujarnya.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu berkata demikian ketika beliau melawat tempat kejadian semalam, Jumaat, 12 Julai.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku beliau sedang menyampaikan hadiah kepada para pemenang Sukaneka Rakyat Kampung Sungai Las.

Selain itu, beberapa batang pokok seperti pokok durian dan rambutan juga tumbang namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Sehubungan dengan itu, beliau telah mengarahkan Pengerusi MPKK Sungai Las, Azrul Salleh untuk mengambil maklumat keluarga dan rumah yang mengalami kerosakan untuk diberi bantuan atap baru.

Azrul Salleh berkata, beliau akan mengadakan gotong-royong pada awal pagi esok (hari ini).

Setakat hari ini kita alihkan beberapa batang pokok yang tumbang menghalang laluan jalan.

Untuk pagi esok kita fokus pula untuk potong dan alih pokok tumbang di halaman rumah penduduk pula.

Pemasangan atap zink stor masjid dan atap rumah penduduk juga akan dilaksana dengan segera, jelasnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Azmi Maarof kerana cepat menyalurkan bantuan kepada mangsa ribut yang terbabit.




Live Website Traffic





www.edisiviral.com