EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

BANTUAN AWAL PERSEKOLAH RM150 DIAGIH BERMULA 17 JANUARI

0 month ago, 14-Jan-2022

Gambar : AFP

KUALA LUMPUR: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 seorang, akan diagihkan bermula Isnin ini kepada murid yang akan memasuki Tahun Dua hingga Tingkatan Lima sesi persekolahan tahun 2022/2023 daripada kalangan keluarga isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, inisiatif bantuan ini akan memanfaatkan 3 juta penerima BAP.

Menurut  kenyataan tersebut, bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

Kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan kadar BAP kepada RM150 untuk seorang murid berbanding RM100 sebelum ini.

Pemberian BAP akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

Sekiranya pemberian secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. menurut kenyataan tersebut. AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...