EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

HDAS: Skim Bantuan Deposit Perumahan RM10,000 Sarawak

0 month ago, 12-Jan-2022

Rakyat di Negeri Sarawak yang ingin membeli rumah di negeri tersebut kini berpeluang untuk mendapatkan bantuan deposit rumah sehingga RM10,000 menerusi Housing Deposit Assistance Scheme (HDAS) atau Skim Bantuan Deposit Rumah.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyatakan skim bantuan deposit ini diperkenalkan untuk membantu mereka yang berada dalam kategori B40 dan M40 di Negeri Sarawak untuk membeli rumah.

Selain itu, HDAS ini juga memberikan peluang yang lebih besar kepada golongan muda di negeri tersebut untuk memiliki rumah.

HDAS ini akan diuruskan Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd dengan Kerajaan Negeri Sarawak akan membayar deposit rumah tersebut kepada pembeli yang layak.

Jenis Rumah Kediaman

Jenis rumah kediaman yang boleh dipohon menerusi skim bantuan deposit ini adalah seperti berikut:

Jenis RumahJulat Harga
Kos Rendah RM50,400 RM59,220
Kos Sederhana RM80,000 RM100,000
Spektra Lite RM100,000 RM120,000
Spektra Medium RM135,000 RM168,000
Spektra Plus RM150,000 RM198,000
Spektra Permata RM90,000 -160,000
Sri Pertiwi RM270,000 RM295,000
Rumah mampu milik yang dibangunkan oleh agensi kerajaan Negeri Serawak dan anak syarikatnya termasuk pemaju bersama dengan pemaju swastaMaksima RM300,000

Pemaju Berdaftar

Setakat ini, terdapat 11 pemaju yang telah berdaftar dengan MUTIARA bagi pelaksanaan HDAS iaitu:

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemilikan rumah pertama bagi golongan B40 dan M40.
  2. Rakyat Sarawak yang berstatus penduduk tetap Sarawak.
  3. Membina rumah di atas tanah sendiri melalui Program Skim Pembesaran Kampung (SPK)/Skim Penempatan Semula (SPS); atau
  4. Membeli rumah berdasarkan pemaju yang berdaftar dengan MUTIARA.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu berkunjung ke Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd untuk mendapatkan borang permohonan.

Selain itu, pemohon juga boleh membuat permohonan kepada pemaju perumahan yang telah berdaftar dan diluluskan oleh MUTIARA.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai HDAS ini, sila layari laman web https://mutiaracredit.com.my/ atau https://hdc.sarawak.gov.my/.

HDAS: Skim Bantuan Deposit Perumahan RM10,000 Sarawak SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...