EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

BANTU SEBELUM BEKU

0 month ago, 09-Oct-2021

KUALA LUMPUR: Cinta Gaza Malaysia (CGM) telah melancarkan Projek Winter4Gaza Bantu Sebelum Beku pada 25 September 2021 yang lalu, iaitu sebuah projek tahunan yang dijalankan bagi memastikan sifar peratus penerima manfaat mati kesejukan pada musim sejuk tahun ini.

Eksekutif Program Antarabangsa Ahmad Jibriel Mohd Yusof berkata antara bentuk bantuan yang akan diagihkan ialah baju sejuk, kasut but, selimut tebal, tilam, dan pemanas elektrik kepada penduduk di sekitar Gaza dan Tebing Barat, Palestin, Kem Pelarian Syria dan Komuniti Uyghur di Turki.

Selain itu, CGM juga melaksanakan bantuan berbentuk jangka masa panjang yang mampu bertahan lama walaupun selepas tamat musim sejuk. Bantuan tersebut ialah kempen Home4Humanity dan Sistem Panel Solar, kata Jibriel.

Memandangkan sumber elektrik sangat terhad di Gaza, dana bagi pemasangan Sistem Panel Solar amat diperlukan untuk pesakit kronik agar mendapat sumber elektrik berterusan di rumah.

Manakala bagi kempen Home4Humanity adalah satu usaha yang dilaksanakan oleh CGM bagi memastikan penduduk Gaza dapat mengharungi musim sejuk dengan keadaan yang selesa, yang akan bermula pertengahan Disember 2021 hingga Mac 2022, tambahnya.

Katanya, projek tersebut bertujuan bagi membaiki kerosakan seperti dinding yang roboh, atap berlubang dan menyediakan dapur yang lebih baik untuk mereka sepanjang musim sejuk ini.

Menurut Jibriel, orang ramai yang ingin menyumbang untuk membantu penduduk Gaza boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank, Persatuan Cinta Gaza Malaysia 5648 1050 7826 atau layari winter4gaza.com.

Katanya, CGM juga mengalu-alukan kerjasama dan sumbangan daripada NGO-NGO yang berminat, dengan menghubungi mereka menerusi talian 016-463 6354 (HQ). — AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...