EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bantu Peniaga Kecil, Fazura Sebak 80,000 Tudung Bernilai RM2.16 Juta Terjual Dalam 2 Jam

0 month ago, 28-Aug-2021

Menjual tudung dengan harga yang berpatutan, rezeki pelakon Fazura nampaknya murah apabila ramai yang menyokong perniagaannya itu.

Advertisement

Tidak mampu membalas sokongan semua, pelakon wanita itu meluahkan rasa sebak melihatkan tudung jenama Fazura sebanyak 80,000 helai yang terjual dalam masa 2 jam sahaja.

Secara tak langsung, ia juga membantu sesetengah individu yang hilang punca pendapatan kerana situasi pandemik yang genting kini.

Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian.

Dalam 2jam 80,000pcs dah sold out, semoga dimurahkan rezeki selalu Fazura and selalu kongsi rezeki dengan semua orang..
lots of love ? pic.twitter.com/3wwrHZfNLq

Jark (@JarkAbdul) August 27, 2021

Meskipun boleh sahaja menjual dengan harga yang lebih tinggi, namun Fazura memilih harga RM27 supaya ianya boleh dibeli oleh semua orang.

Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu. Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi.

Menurut kiraan netizen, jualan tersebut dianggarkan mencapai RM2.16 juta sekaligus membuktikan kejayaan wanita itu.

Advertisement

tudung fazura

Semoga Fazura dapat membantu ramai lagi orang.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Bantu Peniaga Kecil, Fazura Sebak 80,000 Tudung Bernilai RM2.16 Juta Terjual Dalam 2 Jam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...