EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Banjir di Melaka pulih sepenuhnya

0 month ago, 13-Jan-2022


MELAKA: Keadaan banjir di Melaka pulih sepenuhnya dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Jasin, ditutup pada jam 7 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra, berkata PPS itu sebelum ini menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Lanchang.

"Semua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan itu surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing," katanya.

Sebanyak 23 PPS dibuka di negeri itu sejak 1 Januari lalu, yang menempatkan 2,744 mangsa banjir daripada 696 keluarga dari daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. BERNAMA



............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...