EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

RM6 Juta Bangunkan Pondok Tok Syeikh Pulau Duyung

0 month ago, 03-Apr-2021

Pengambilan pelajar sudah bermula, hari ini seramai 13 pelajar pelajar telah diterima, buat masa ini, menumpang sementara di Masjid Baharu Seberang Takir.

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan sebanyak RM6 juta untuk pembangunan Pondok Taffaquh Fiddin Tok Syeikh Pulau Duyung.

Timbalan Pesuruhjaya III, PAS Terengganu, YB Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata pondok yang merupakan pusat pengajian yang akan melatih bakal guru-guru pondok di masa akan datang.

Pengambilan pelajar sudah bermula, hari ini seramai 13 pelajar pelajar telah diterima, buat masa ini, menumpang sementara di Masjid Baharu Seberang Takir.

Setakat ini pengambilan terhadap kepada 30 orang sahaja dan apabila pusat tersebut siap, barulah kita akan membuat penambahan pelajar. jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu itu memaklumkan demikian ketika dihubungi.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri sudah memaklumkan untuk membukanya kepada nusantara dengan kuota lebih kurang 10 orang sebagai mengangkat Negeri Terengganu sebagai Pusat Ilmu.

Yang sudah hadir untuk mendaftar termasuk Kemboja, Filipina dan sebagainya,

kita juga akan buka untuk Laos dan negeri-negeri Nusantara untuk sama-sama belajar di situ.





Live Website Traffic


loading...