www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Satu Bangunan Hangus Terbaakar Namun Bingung Apabila Hanya Satu Rumah Yang Tidak Terjejas. Apabila Disiasat Rupanya Penghuninya Bukan Calang Calang. Allahu.

0 month ago, 14-Feb-2019


Allah lah sebaik-baik Penjaga

Peristiwa ini terjadi di Mesir. Sebuah apartemen 6 tingkat mulai terbaakar hampir lewat tengah malam. Semua penghuni bangunan tersebut sangat terkejut bergegas menyelamatkan diri masing-masing meninggalkan barang-barang dalam rumah, dan menyaksikan appi dengan maraknya menjilat hampir semua rumah di bangunan tersebut.

Ketika terbit matahari, bangunan itu masih terbaakar,

Masing-masing melihat kediaman mereka dan barang-barang di dalamnya hangus dijilat api. Mereka tak sempat berbuat apa-apa.

Tetapi, dengan kuasa Allah.. !! Subhanallah Rumah no 13, seolah-olah tidak disentuh api.. Sedangkan rumah di atas dan bawahnya terbaakar dijilat api. Ketika api sudah reda dan berhasil dipadamkan, masing-masing masuk melihat keadaan rumah mereka yg sudah hangus.

Tetapi Muhammad dan Munir yang tinggal di rumah no. 13, amat terkejut.. Keadaan dalam rumah mereka tidak disentuh api!!

Ramai sahabat dan jiran datang untuk menyaksikan kejadian yang sukar dipercaya. Sungguh ajaib.. Apa yang mereka dapati, rumah mereka selamat, dan Al-Quran yang sedang tersusun di rak masih sama seperti awal ditinggalkan..

Muhammad dan Munir adalah penghafal Al-Quran, dan mereka berusaha mengulang hafalan paling kurang satu surah sehari. Sebuah Al-Quran masih terbuka di atas meja di hadapan mereka yang digunakan untuk mengajar anak-anak didik malam tadi dan terpaksa ditinggalkan sewaktu bergegas meninggalkan apartemen mereka. Malah mereka juga terkejut dengan barang-barang dalam rumah dan Al-Quran tersebut yg tidak lansung di sentuh api.

Allah Maha Berkuasa !! Allah menyelamatkan Al-Quran dan harta mereka bila itu digunakan untuk sepatutnya.

Mukjizat Al-Quran sebagai kalam Allah yang sangat penting ini masih berdiri dan sering dilupakan dicelah-celah rak buku di rumah kita.
Semoga Allah mengampuni dan merahmati kita..Amin

Kelebihan seorang Hafiz al-Quran di dunia dan akhirat

Hafiz merupakan sebuah gelaran yang diberikan kepada seorang penghafaz al-Quran. Mereka merupakan insan yang telah mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk menjaga ayat suci al-Quran di dalam dada mereka.

gambar pelajar tahfiz

Apakah kelebihan Hafiz di dunia dan akhirat?

Mengahafal al-quran merupakan satu perbuatan di mana seorang hamba-Nya ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT dan mengharapkan ganjaran pahala di dunia dan di akhirat. Justeru, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang cukup besar kepada mereka semua tidak kiralah di dunia mahupun di akhirat. Antara kelebihan seorang penghafal al-Quran di dunia adalah :

1.Mereka diangkat sebagai seorang pemimpin

mengimamkan solat

Seseorang yang lebih banyak hafalannya lebih diutamakan untuk dijadikan sebagai pemimpin ataupun imam solat. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Said al Khudriy ra, Beliau mengatakan,

Rasulullah SAW bersabda, Jika kalian berjumlah tiga orang (dan hendak mengerjakan solat berjamaah) makan hendaklah salah seorang dari kalian yang paling banyak hafalannya menjadi imam

2.Mereka dianugerahkan hati dan pemikiran yang tenang dan lapang

Orang yang menghafal al-Quran merupakan seorang yang lebih dekat dengan Allah SWT. Hal ini demikian kerana ayat-ayat suci al-Quran tersimpan di dalam dada mereka dan mereka berusaha untuk mengekalkannya dengan baik. Para penghafal al-Quran akan sentiasa murojaah atau mengulang bacaan al-Quran mereka dengan tujuan untuk menjaga hafalan mereka. Oleh hal yang demikian, hati mereka akan sentiasa mrngingati Allah SWT, dan sesungguhnya hati yang sentiasa mengingati Allah SWT akan mendapatkan ketenangan seperti yang telah dinyatakan di dalam surah Al-Rad, ayat ke 28 yang berbunyi :

{????????? ??????? ????????????? ??????????? ???????? ??????? ???? ???????? ??????? ??????????? ??????????}

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram

3.Mereka merupakan insan istimewa Allah SWT

tiga orang kanak kanak tahfiz

Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.

Kemudian Anas bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?

Baginda menjawab: Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah. (Riwayat lbn Majah)

4.Mereka dapat memberi syafaat kepada ahli keluarga mereka

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w.: Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasai)

5.Mereka bakal mendapatkan syurga yang tertinggi

pelajar maahad tahfiz

Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: jumlah tingkatantingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu. (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)

Banyak lagi kelebihan untuk seseorang yang mengahafal al-Quran yang tidak disertakan di sini. sesungguhnhya mereka merupakan insan-insan yang telah banyak berkorban untuk memperjuangkan agama Islam. Oleh hal yang demikian, ibu bapa dan kita sendiri seharusnya berhasrat untuk menjadi seorang hafiz dan mendidik anak-anak mereka dengan baik agar kita berjaya di dunia dan akhirat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih ????

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

: iluminasi /Islam Agama Kami





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts