www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Bandar Malaysia Apa anda patut tahu tentang kawasan ini?

0 month ago, 07-Dec-2018


Apa yang korang perasan bila lalu Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur?

Tok pasti, korang mesti perasan pembangunan yang berlaku dekat bekas tapak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tu.

Sekarang ni, pengkalan TUDM dah berpindah secara rasmi ke Sendayan, Negeri Sembilan pada 15 Mac 2018.

Dan kawasan ini akan dibangunkan dan berpotensi menjadi hab pelancongan, perdagangan, budaya, dan inovasi negara kita.

Ini apa yang korang patut tahu tentang Bandar Malaysia. Jemput hadamkan laju-laju.

gambar maju.com.my

Bandar Malaysia adalah sebuah pembangunan berorientasikan transit (tansit-oriented development) yang bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia.

Seperti yang korang dah sedia maklum, projek ini akan dibangunkan atas bekas tanah Pengkalan TUDM di Sungai Besi. Ini adalah pembangunan skala besar, yang akan menjadi penanda aras projek mega di Malaysia.

Tambah pula, pembangunan ini terletak dekat dengan kawasan yang matang, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang cukup tersedia.

Bukan saja Bandar Malaysia ada jalan penghubung yang baik untuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur dan bahagian selatan. Tapi juga dapat menikmati akses ke terowong SMART dan Putrajaya melalui Maju Expressway (MEX).

Bermakna, korang yang bekerja di Putrajaya juga boleh memilih untuk menetap di sini pada masa depan. Senang gila korang nak ke tempat kerja.

gambar UCSI University

Ingat tak? Tadi Tok baru sebut yang Bandar Malaysia terletak di kawasan yang cukup matang. Dan ayat ini, bukan sekadar berpandukan teori semata.

Terletak bersebelahan Bandar Malaysia, terdapat pelbagai sekolah untuk korang pilih. Antara yang ada seperti:

  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tai Thung,
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1,
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2, dan
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Confucian.

Maksudnya, tempat ini sesuai untuk golongan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang bersekolah.

Tak cukup dengan itu, ada kampus UCSI yang terletak tidak jauh daripada kawasan ini. Bermakna, korang boleh hantar anak ke situ bila tiba masa mereka mahu melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.

Ini untungnya kalau bangunkan sesebuah projek dekat tempat yang dah sedia matang. Kalau ada projek masa depan yang dibatalkan, pembangunan tak akan terkesan secara mendalam dan masih boleh survive.

gambar Sunway Property

Nak cari barangan runcit, keperluan harian, dan pilihan makan dan minuman yang baik dan pelbagai?

Ini pun tak jadi masalah kalau korang menetap dekat kawasan ini.

Terletak dekat dengan Bandar Malaysia, ada AEON Taman Maluri yang jauhnya lebih kurang 5KM. Tambah pula, ada Sunway Velocity Mall yang bertempat dalam kawasan yang sama.

Nak lagi? IKEA Cheras dan MyTown jugak tersedia. Terletak hanya sejauh kurang 4KM daripada Bandar Malaysia, korang ada akses mudah untuk ke sana.

Korang kaki shopping? Ada juga Mid Valley Megamall dan The Gardens yang terletak lebih kurang 8KM dari Bandar Malaysia. Nah, semuanya dekat belaka.

Tok tambah lauk sikit lagi. Buat yang bekerja dalam kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, korang boleh sampai ke sana dengan mudah. Hanya sejauh lebih kurang 7KM saja.

gambar SirapLimau

Ini pun, korang tak perlu risau. Korang boleh pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), yang terletak sejauh 4.5KM daripada Bandar Malaysia.

Kalau nak hantar ke hospital swasta pun, ada juga. Korang boleh pilih untuk ke Prince Court Medical Centre.

Nak pilih yang mana satu? Terpulang pada korang. Tok cuma perlu pastikan yang korang tahu yang kemudahan ini, semuanya tersedia lengkap untuk korang manfaatkan.

gambar SAYS.com

Tok boleh katakan, lokasi Bandar Malaysia adalah strategik. Ini sesuai untuk korang yang sukakan kehidupan bandar yang moden.

Dengan akses kepada kemudahan lebuhraya dan jalan raya yang mantap, korang senang nak ke mana-mana. Tak kira untuk ke Pusat Bandaraya, ke Seremban, Melaka, Johor (arah Selatan Malaysia), atau ke Putrajaya, semuanya mudah belaka.

Ini terbukti dengan akses kepada Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), yang bersambung dengan Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (East-West Link Expressway) yang terletak di bahagian Selatan.

Korang juga ada akses ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, yang menghubungkan korang ke Kuchai Lama, Jalan Sungai Besi, Jalan Tun Razak dan Jalan Loke Yew untuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Antara lebuhraya yang lain adalah Lebuhraya Persekutuan dan New Pantai Expressway (NPE), dapat diakses secara mudah dari Bandar Malaysia yang menghubungkan korang ke Petaling Jaya. Tak cukup dengan itu, korang juga ada akses ke Lebuhraya Utara-Selatan.

Bandar Malaysia bukan setakat berada dekat lokasi yang strategik, tapi juga lengkap dengan infrastruktur yang baik.

Terletak bersebelahan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), ada 2 kemudahan pengangkutan awam LRT Salak Selatan dan KTM.

Pada pendapat peribadi Tok, Bandar Malaysia layak dikategorikan sebagai sebuah perbandaran lengkap dengan kemudahan yang pelbagai.

Macam-macam kemudahan dan fasiliti yang tersedia dekat sini. Senang nak ke hospital, universiti, dan pusat membeli-belah. Lebuhraya pun, banyak yang boleh diakses dengan mudah.

Jadi, tak rugi untuk korang beli rumah dekat sini. Tapi sebelum beli, pastikan korang kaji dulu sehabis baik. Objektif dan kemampuan masing-masing, dah tentu berbeza. Takkan sama dengan orang lain.

Alang-alang dah baca sampai sini, Tok nak belanja satu lagi peluang emas untuk korang yang berminat nak belajar ilmu hartanah power secara PERCUMA.

Tok nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, CEO FAR Capital Sdn Bhd dan GilaHartanah.com.

Sesi Sembang Hartanah ni, confirm 100% PERCUMA. Cuma, korang kena daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD.

KLIK LINK INI DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG


SUMBER : gilahartanah.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts