EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bandar Besar Di Seluruh Negara Akan Mula Guna Bas Elektrik

0 month ago, 14-Jan-2022

Bagi mencapai status negara neutral karbon seawal 2050 Malaysia bakal memulakan penggunaan bas elektrik penuh di Kuala Lumpur, Putrajaya dan bandar-bandar besar sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Usaha tersebut bakal dimulakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah membuat tempahan 60 buah bas elektrik penuh daripada pengeluar bas Kumpulan SKSBus, yang akan diperolehi secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2023.

Buat permulaan DBKL bakal memberikan perkhidmatan bas percuma GoKL yang menggunakan bas elektrik bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia neutral karbon seawal 2050.

Kumpulan SKSBus melalui unitnya SKS Coachbuilders Sdn Bhd mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam industri pembinaan bas.

Ia antara pengilang bas di Malaysia dengan pengesahan sebagai Barangan Buatan Malaysia dan dilengkapi dengan bantuan kilang robotik.

Kumpulan SKSBus sejak 2019 telah bekerjasama dalam bidang teknikal dengan Kumpulan CRRC China iaitu pengilang lokomotif eletrik dan rolling stock terbesar di dunia untuk membina bas elektrik penuh.

Bas elektrik penuh SKSBus mampu melengkapkan perjalanan sehingga 250 kilometer untuk sekali pengecasan.

: BERNAMA



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...