EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Balqis (Mentor) jadi ibu tunggal selepas dua tahun kahwin, tak sangka ini jadi kepada anaknya buat hati dia kosong

0 month ago, 15-Sep-2020

IKATAN perkahwinan penyanyi yang juga bekas peserta program Mentor Milenia 2017, Ratu Balqis dan suami, Mohd Hakimi Ikmal Mohamad Rahim berakhir apabila pasangan ini sah bercerai awal tahun ini.

Menurut Balqis atau Nor Balqis Ahmad Tajudin, 21, rumah tangga yang dibina selama dua tahun itu musnah selepas kedua-duanya tiada lagi persefahaman dan memilih untuk membawa haluan sendiri.

Lebih menyayat hati, dia terpaksa berpisah jauh dengan anak tersayang, Mohd Hamka Iman kerana hak jagaan sementara anak diberikan kepada bekas suami.

Biasalah dalam alam perkahwinan pasti ada ujian saya anggap jodoh kami tak panjang. Punca kami bercer4i tak dapat saya nak kongsikan, cuma apa yang boleh dikatakan mungkin sudah tiada persefahaman.

Sepanjang hampir dua tahun melayari alam perkahwinan itu tipulah kalau kata tak bahagia sebab kami dah ada anak bersama tapi nak kekalkan perkahwinan bukan perkara mudah.

Cumanya apa yang menyedihkan saya terpaksa berjauhan dengan anak yang kini berusia hampir dua tahun dan sedang berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan anak itu, katanya kepada mStar.

Bekas protege kepada penyanyi Hazama ini membuat pendedahan mengenai status rumah tangganya itu ketika hadir di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Balqis berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Hakimi di Kuala Terengganu, Terengganu pada 30 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Pasangan ini sah bercer4i di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Terengganu pada Februari lalu.

Perkahwinan mereka mendapat liputan meluas media kerana Balqis yang ketika itu berusia 18 tahun mengambil keputusan menamatkan zaman bujang selepas beberapa bulan menyertai program realiti nyanyian tersebut.

Hampir empat bulan tidak bertemu anak tersayang, Balqis berkata emosinya sedikit terganggu sehingga tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi mengenai situasinya pada ketika ini.

Bekas suami dapat hak jagaan sementara anak dia (bekas suami) beritahu kalau nak jumpa anak cuma boleh bertemu di rumah dia sahaja. Saya pernah terserempak dengan anak di luar tetapi tak boleh jumpa sebab bukan di rumahnya, jadi hanya mampu tengok dari jauh.

Hati saya kosong apabila anak tiada depan mata, membesar dari jauh. Tengok orang lain bawa anak, kita cuma dapat bayangkan sahaja. Saya hanya mampu tengok anak membesar dengan orang, dia pun tak kenal siapa ibu dia.

Sejujurnya dalam hati saya terlalu rindu nak jumpa nak peluk dan cium anak. Cumanya sekarang masa untuk berjumpa itu susah kerana dia di Terengganu dan saya di Kuantan, Pahang. Saya cuma mampu berdoa semoga Hamka dapat bersama saya semula, ujarnya.

Dalam pada itu, Balqis berkata dia tidak pernah menyesal berkahwin pada usia muda dan menganggap apa yang berlaku ada hikmah tersendiri.

Saya tak pernah menyesal kahwin muda saya percaya ada hikmah semua ini! Sepanjang dua tahun melayari alam perkahwinan banyak mengajar saya tentang kehidupan.

Semasa awal-awal percer4ian, saya tak kuat. Tetapi disebabkan masih ada keluarga, saya kuat kerana mereka.

Sekarang ini pun saya sudah ada kerja tetap dan hanya fokus dengan kerja. Saya tak menyesal kahwin muda kerana saya dapat memenuhi permintaan arwah bapa, katanya.

Saksikan video dibawah

Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Balqis (Mentor) jadi ibu tunggal selepas dua tahun kahwin, tak sangka ini jadi kepada anaknya buat hati dia kosong Rentas Asia.


SUMBER : rentasasia.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...