EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Baliklah Nurulnaim...

1 month ago, 11-Jul-2019

BALIKLAH abang, kesihatan mama semakin merosot dan abah pula sedang sakit, mereka berdua sangat merindukan abang, kata Norbaiti Mohd Nordin, 44, kakak sulung kepada Nurulnaim, 41, yang menghilangkan diri sejak enam tahun lalu.

Norbaiti berkata, tiada perselisihan faham berlaku antara adik keduanya itu dengan ahli keluarga lain sebelum Nurulnaim yang dipanggil abang dalam keluarga itu keluar dari rumah ibu bapanya di Kampung Alor Gunung, Alor Setar.

Katanya, keputusan mencari semula Nurulnaim adalah bagi memenuhi keinginan ibunya, Basharah Salleh, 65, dan bapanya, Mohd Nordin Salleh, 70, yang terlalu merindui adiknya itu.

Ibu menghidap kanser payudara dan pada Ahad lalu, doktor mengesahkan ibu menghidap kanser limfoma pula, manakala keadaan ayah semakin uzur berikutan penyakit jantung dan masalah strok dialaminya.

Hampir saban hari mereka beritahu anak saya yang mereka rindukan Nurulnaim dan teringin berjumpa dengannya,

Kali ini saya nekad mencari Nurulnaim demi memenuhi keinginan mereka, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kali terakhir Nurulnaim pulang ke kampung pada 2013 iaitu selepas 10 tahun kehilangannya bagi menjenguk bapa yang sedang sakit.

Adik bongsu, (Nurulhadi, 33) terpaksa mencarinya di Kuala Lumpur selepas dia menghilangkan diri sejak 2003 dan pada 2013 dia pulang selama seminggu ke rumah.

Kemudian, Nurulnaim terus tidak pulang sehingga hari ini dan dia dikatakan tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai juruteknik di salah sebuah kilang di ibu kota.

Kami sudah mencari Nurulnaim dengan bertanyakan melalui rakan mengenalinya, namun sehingga kini dia masih belum ditemui, katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nurulnaim bolehlah menghubungi Norbaiti di talian 012-4206832 atau adiknya, Nurulhadi di 012-5439140.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com