EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Baru balik rumah, Ainul Mardhiah masuk hospital semula

0 month ago, 14-Sep-2019

Umum sedia maklum bahawa bayi kesayangan Malaysia, Ainul Mardhiah yang pernah dilaporkan menderita ketumbuhan di mulut sudah pulang ke rumahnya beberapa hari yang sudah.

Selepas dilaporkan pulih dari ketumbuhan, Ainul telah pun mulai ceria dan kembali seperti bayi-bayi yang lain. Baru sahaja menginjak umur satu tahun, adik Ainul sudah terlihat comel serta aktif membalas agahan orang tuanya.

Namun begitu, menerusi IG Story bapa Ainul semalam, Ahmad Safiuddin menberitahu bahawa anaknya telah dimasukkan ke hospital kembali apabila mengalami jangkitan kuman.

Hal tersebut membuatkan kesihatan Ainul sedikit terjejas dan terpaksa di tahan di wad hospital berdekatan kediaman mereka di Melaka. Walau bagaimanapun, Safiuddin memaklumkan bahawa anak kesayangannya itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

Terdahulu, Ainul Mardiah pernah mendapat liputan meluas di seluruh negara berhubung penderitaan yang dialami sehingga membawanya terbang ke London untuk mendapatkan rawatan.

Kejayaan pembedahan berisiko tinggi itu bukan sahaja menggembirakan ahli keluarga, malahan seluruh rakyat Malaysia sehingga menjadi topik utama dalam berita-berita semasa ketika itu.

: Ahmad Safiuddin

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com