EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Balik Dari Kerja Shif Malam, Lelaki Terlelap Atas Motor Maut, Rempuh Belakang Lori

8 month ago, 15-Jan-2020


Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan di Kilometer 15.2, Lebuhraya Kuala Lumpur -Kuala Selangor (Latar) arah Kundang ke Puncak Alam hari ini.

Kejadian yang berlaku 7.15 pagi, motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori mengakibatkan mangsa Mohamad Firdaus Hasim meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatandan Penguatkuasaan trafik (JSPT) Sleangor, Superintendan Azman berkata kemalangan tersebut melibatkan dua motosikal Yamaha y15ZR dan lori volvo.


Tambahnya lagi, mangsa dipercayai terlelap dan melanggar belakang lori yang sedang bergerak mendaki bukit di lorong kiri. Kemudian, seorang lagi penunggang motosikal jenis yang sama cuba mengelak namun terjatuh selepas gagal mengawal kenderaan tersebut.

Mangsa yang meninggal dunia berasal dari Kampung Sungai Buaya dipercayai baru selesai kerja shif malam di Sungai Choh dalam perjalanan balik ke Bandar Tasik Puteri.

Mayat mangsa dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat manakala penunggang motosikal yang cedera turut di bawa ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

: Sinar harian, li.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...