EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Balachandran calon pengendali skuad bola sepak B23

0 month ago, 16-Jan-2020

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memberi bayangan untuk mempertimbangkan melantik penolong jurulatih skuad Harimau Malaya S Balachandran sebagai pengendali baru bagi skuad bola sepak bawah 23 tahun (B23) negara.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata seorang penolong jurulatih skuad Harimau Malaya akan dicadangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan tidak lama lagi untuk dilantik sebagai ketua jurulatih B23 dan ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akan memantau latihan skuad berkenaan.

"Pertama, skuad bawah 23 tahun tiada perlawanan (tiada kejohanan besar) tahun ini, mereka ada kelayakan tahun depan tetapi saya ingin mencadangkan dengan jawatankuasa pasukan kebangsaan untuk lantik penolong jurulatih Harimau Malaya itu, katanya.

Hamidin berkata demikian ketika mengulas mengenai status jurulatih bawah 23 yang kekosongan sejak awal tahun ini selepas kontrak pengendali sebelum ini Datuk Ong Kim Swee tidak diperbaharui.

Mengulas mengenai keselamatan Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Bahrain danEmiriah Arab Bersatu (UAE) padaMac ini, beliau berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan di Timur Tengah.

Kita sudah dapat surat dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). Setakat ini, masih dibenarkan untuk bermain di sana, kata beliau sambil menambah FAM sentiasa mengikuti perkara itu dengan rakan sejawatnya di UAE.

Skuad Harimau Malaya bakal bertemu Bahrain pada 21 Mac manakala UAE pada 26 Mac.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...