EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cara Buat Roti Bakar Sebijik Macam Kopitiam. Tip Sedap Garing Bakar Dalam Ketuhar!

0 month ago, 10-Jun-2021

Kalau waktu PKP ini tiba-tiba teringin nak makan roti bakar kopitiam apa kata kita buat sendiri.

Jika ikut perkongsian Ziera Xiera ini roti bakar yang dihasilkan memang sebijik rupa dan rasanya macam dari kopitiam. Nak buat pun mudah 3 bahan saja, tapi syaratnya kena bakar guna ketuhar.

Cara buat roti bakar ala kopitiam

Bahan-bahan:
Roti
Sekaya (sebarang jenama)
Buttercup

Cara-cara penyediaan:

1. Potong bahagian tepi roti.

2. Sapukan sekaya (lebihkan untuk lebih lazat).

3. Potong mentega kepada kepingan besar, kemudian potong kepada 3 bahagian kecil (pastikan mentega keras).

4. Susun mentega di atas roti.

5. Bakar dalam ketuhar/oven pada suhu 200c selama 10-15 minit (bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan).

Sedia untuk dinikmati! Sedapnya…

Selamat mencuba!

: Ziera Xiera

Artikel berkait:

8 Cara Masak Roti Yang Mudah, Boleh Buat Tiap-tiap Hari Makan Pagi & Petang

Cara Buat Roti Bakar Sebijik Macam Kopitiam. Tip Sedap Garing Bakar Dalam Ketuhar! Vanilla Kismis.



SUMBER : vanillakismis.my



Live Website Traffic


loading...