EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jako Bakal Bawa Penyokong Bertuah Perak FA Terbang Ke Jerman

5 month ago, 08-Jan-2020

11 Januari bukan sahaja menjadi detik yang ditunggu-tunggu setiap peminat bola sepak Perak bagi mengetahui senarai lengkap barisan pemain skuad Liga Super dan Liga Premier, tetapi mereka turut mempunyai sebab lain untuk berdebar menantikan hari tersebut.

PAFA Perkenalkan Barisan Pemain Musim 2020 Sabtu Ini

Ini kerana pembeli jersi rasmi pasukan Perak bagi musim 2020 tanpa mengira home atau away keluaran Jako berpeluang untuk dipilih sebagai pemenang cabutan bertuah yang akan diumumkan pada penghujung program Meet & Greet Fans di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh nanti.

Hadiah yang cukup menarik ditawarkan pihak Jako apabila pemenang bertuah akan memenangi dua tiket penerbangan ke Jerman bagi menyaksikan perlawanan Bundesliga melibatkan Bayer 04 Leverkusen.

Selain itu, pemenang juga akan menikmati pengalaman Stadium Tour dan Jako HQ Tour.

PELANCARAN & JUALAN JERSI HOME & AWAY #TBG2020??Jersi-jersi Home & Away Perak The Bos Gaurus musim baharu akan

Posted by Perak TBG onTuesday, January 7, 2020

Jersi Perak akan mula dijual bermula jam 3.30 petang di Stadium Perak, Ipoh bersempena perlawanan akhir Piala Presiden Perak FA antara Kerian FA menentang Ipoh FA.

Bagi yang tidak berkesempatan ke Stadium Perak, usah risau! Penjualan akan diteruskan pula di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh pada program Meet & Greet Fans.

Diskaun sebanyak 10% [harga asal RM109] diberikan pada penyokong yang mendapatkan jersi tersebut sepanjang Sabtu ini sekaligus berpeluang untuk memenangi hadiah menarik ditawarkan pihak penaja itu.

Kredit foto: Perak TBG


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...