EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

LG Bakal Menamatkan Pengeluaran Telefon Mudah Alih Di Seluruh Dunia

0 month ago, 06-Apr-2021

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sekitar Januari lalu, LG Electronics Inc. (LG) mengumumkan pihaknya sedang mempertimbangkan apa sahaja pilihan yang ada bagi perusahaan mereka selepas mencatat kerugian sekitar AS$4.5 bilion (S$6 bilion) dalam hampir enam tahun.

Terbaru semalam, syarikat konglomerat itu mengumumkan bakal menghentikan pengeluaran telefon mudah alih mereka.

Menerusi satu kenyataan yang dkeluarkan LG, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh lembaga pengarahnya.

Foto: LG Newsroom

Menurut mereka, keputusan strategik ini dibuat untuk memberi fokus kepada arena lain seperti komponen kenderaan elektrik, rumah pintar, robotik, servis dan pelbagai lagi. Tambahnya, sektor telefon bimbit adalah sangat kompetitif.

Meskipun begitu, LG masih akan memberikan sokongan perkhidmatan dan kemaskini perisian kepada pelanggan telefon bimbitnya dalam satu tempoh masa.

Akan Meneruskan Kepakaran Seperti 6G

LG turut akan meneruskan kepakaran mereka dalam teknologi telefon pintar seperti 6G untuk menguatkan lagi daya saing di bidang perniagaan lain.

Teknologi yang telah dikembangkan selama dua dekad operasi perniagaan peranti mudah alih LG juga akan dikekalkan dan diterapkan pada produk yang sedia ada dan akan datang.

Foto: BBC

Perniagaan telefon pintar tersebut dijangka untuk menamatkan operasinya pada 31 Julai.



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...