www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


F1 bakal gegar Vietnam 2020

0 month ago, 07-Nov-2018


HANOI: Vietnam akan menyertai kalendar Formula Satu (F1) pada 2020 menerusi perlumbaan di litar jalanan di ibu negara berkenaan di sini, umum penganjur, hari ini.

Grand Prix (GP) Vietnam akan berlangsung buat julung kali pada April 2020, penganjuran terbaharu sejak Liberty Media membeli hak komersial siri perlumbaan elit berkenaan.

Kami gembira untuk mengumumkan Hanoi akan menganjurkan Grand Prix Formula Satu, kata pengerusi F1, Chase Carey dalam satu kenyataan.

Sejak kami terbabit dalam sukan ini pada 2017, kami sudah bercakap mengenai membangunkan destinasi baharu bagi memperluaskan tarikan terhadap Formula Satu dan Grand Prix Vietnam adalah merealisasikan terhadap cita-cita itu.

Kami teruja untuk berada di Hanoi, salah satu bandar paling mengujakan di dunia ketika ini yang kaya dengan sejarah dan mempunyai masa depan yang amat cerah.

GP Vietnam akan dilangsungkan di sirkit sepanjang 5.565 kilometer dan menjadi perlumbaan keempat dalam kalendar F1 dijalankan di litar jalanan selain Monaco, Singapura dan Azerbaijan.

Vietnam adalah pasaran yang sedang berkembang untuk penaja dan akan membawa F1 ke Asia Tenggara selepas penarikan diri Malaysia.

Sekalipun Vietnam tidak mempunyai sejarah dalam sukan permotoran yang begitu banyak, acara sukan atau kejohanan yang membabitkan pasukan kebangsaan sering menerima tontonan tinggi dan diraikan.

Pada 2019, kalendar perlumbaan F1 kekal kepada 21 pusingan sama seperti tahun ini.


SUMBER : hmetro.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts