EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bajet 2021: Sokong atau tolak, perlu ikut pendirian peribadi

0 month ago, 22-Nov-2020

KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Ahli Parlimen perlu dibenarkan memutuskan secara peribadi sama ada mahu menyokong atau menolak Bajet 2021 meskipun pendiriannya bertentangan dengan parti atau pendirian bersifat en bloc.

Mohamed Khaled dalam kenyataannya di sini berkata, Parlimen Malaysia adalah benteng demokrasi yang terpenting. Maka apa juga yang diputuskan oleh Ahli Parlimen Malaysia, mestilah mengutamakan nilai dan kepentingan pemilih dan rakyat.

Katanya, jika seseorang Ahli Parlimen itu yakin bahawa peruntukan dan inisiatif di dalam
Belanjawan 2021 memerlukan pembaikan atau tidak menepati kepentingan golongan sasaran, mereka wajar untuk menyatakan pendirian tersebut, sekalipun pendirian tersebut berbeza dengan pendirian parti atau pendirian yang bersifat en bloc.

Berbeza pendirian bukan pengkhianatan tetapi menurut tanpa akal adalah sebesar-besar khianat. Rakyat tidak memilih seorang Ahli Parlimen untuk menjadi wakil yang terpisah daripada denyut nadi pemilih mereka,

Setiap Ahli Parlimen mesti mengambil keputusan yang dirasakan terbaik demi kemaslahatan negara, bukan kepentingan parti semata-mata. Apalagi dalam keadaan di mana UMNO bukan sebahagian dari PN, tambah beliau.

Katanya, oleh kerana Kerajaan PN dibentuk atas dasar sokongan Ahli Parlimen dan bukannya kerjasama partisan yang formal, teratur dan kemas, maka kenapa perlunya desakan untuk mengundi en bloc?

Atas dasar itu, saya percaya bahawa setiap Ahli Parlimen perlu diberi kebebasan dan ruang untuk membuat pilihan dan mengundi secara peribadi berdasar conscience dalam menyokong, berkecuali atau menolak Belanjawan 2021, tambah beliau lagi.

Mohamed Khalid berkata, Malaysia harus mula bergerak ke arah penyuburan amalan politik bipartisan, yang berfokus kepada pembentukan konsensus nasional rentas ideologi dan
fahaman politik demi penyelesaian kemaslahatan berkepentingan nasional.

Katanya, rakyat mengharapkan Ahli-Ahli Parlimen untuk memberikan yang terbaik justeru idea yang baik akan sentiasa disokong sekalipun oleh pihak lawan. Dan idea yang dangkal akan ditolak, sekalipun oleh rakan-rakan dari parti sendiri.

Sokongan bersifat en bloc ke atas sesuatu usul Parlimen pula tidak semestinya
mencerminkan kekuatan parti. Sebaliknya, parti akan dianggap tidak mempunyai kepelbagaian idea, kepelbagaian pendirian dan kebebasan untuk menyatakan pendirian yang demokratik.

Belanjawan 2021 mempunyai banyak kebaikan tetapi ia juga memerlukan
penyelarasan semula untuk menjadikan ia lebih baik. Insyallah jika ia dilakukan, Ahli Parlimen akan menggunakan nurani baik mereka untuk mengundi dengan demokratik demi kepentingan rakyat dan negara, kata Mohamed Khaled.

BebasNews

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...