EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bahaya Jika Anak Tertelan Ubat Gigi! Ibu Jangan Ambil Mudah Kerana Gigi Anak Boleh Rosak

38 month ago, 03-Aug-2017

Sebenarnya ubat gigi dari pelbagai jenis perisa buah-buahan ini untuk menggalakkan anak gemar menggosok gigi. Jadi peratusan untuk anak menelan ubat gigi pasti akan berlaku sama ada sengaja atau tidak.

Ada sesetengah ibu tidak pula menghalang si anak kerana tak mahu anak merajuk. Persoalannya bahaya atau tidak jika kanak-kanak menelan ubat gigi. Jawapannya adalah YA! Jika sesekali mungkin tak mengapa tetapi kalau sepanjang masa memang akan merosakkan gigi.

Buat pengetahuan ibu-ibu, kanak-kanak yang kerap menelan ubat gigi akan menyebabkan fluorosis.

Fluorosis akan menyebabkan permukaan gigi ada bintik kuning atau coklat. Selain itu, perkara ini akan menyebabkan gigi kanak-kanak jadi mudah rosak.

Sekiranya anda sebagai ibu bapa risau dengan hal ini, pastikan letak lapisan yang nipis sahaja pada berus gigi anak anda

Jika anak masih belum pandai meludah, bersihkan sahaja gigi mereka dengan berus gigi.

Pastikan ada pemeriksaan gigi dengan doktor gigi sejak mereka berusia 1 tahun lagi.

Berikut beberapa cara yang boleh ibu lakukan untuk mengelak anak dari berterusan telan ubat gigi semasa aktiviti menggosok dilakukan:

1) Sedikit saja dah cukup

Sebenarnya bukan ubat gigi yang berperanan membersihkan gigi anak tetapi bagaimana kita mengendalikan berus gigi dan mengerakkan dari atas ke bawah dan kiri kanan serta kawasan dalam gigi. Cukup letakkan dihujung berus dan ibu boleh ratakannya ke seluruh permukaan berus sebelum anak mula menggosok.

2)  Sembunyikan dari pandangan

Nak mengelakkan anak terjerit tak puas hati dalam bilik air, ibu perlu memainkan peranan dengan menyembunyikan ubat gigi jauh dari pandangan mata anak. Mungkin jika anda biasa letak di tempat berus gigi, anak akan ambil tanpa pengetahuan anda semasa mereka mandi. Jadi lebih baik menyembunyikannya awal-awal.

3) Jangan lupa berkumur

Berkumur selepas memberus gigi sangat penting. Ajar anak cara berkumur yang betul. Jika anak anda masih belum pandai berkumur, lebih baik berhenti menggunakan ubat gigi. Guna sahaja berus gigi sambil memberus dengan air sahaja. Itu lebih baik dan mudah untuk anak yang masih dalam proses belajar mengosok gigi.

Layari laman web


SUMBER : majalahpama.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...