EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Budi Bahasa Budaya Kita Netizen Terhibur Pelajar Cium Tangan Abang Polis Lepas Kena Saman

0 month ago, 19-Sep-2023

Menunggang motosikal di kalangan pelajar sudah tidak asing lagi kerana selain ianya dianggap sebagai kemudahan untuk ke sekolah, namun kadang ia juga dijadikan sebagai kesempatan buat mereka untuk menunggang kemana-mana tanpa memikirkan keselamatan, terutamanya jika ketiadaan lesen.

Baru-baru ini, sebuah video dimuat naik di laman Twitter yang memaparkan dua orang pelajar ditahan dan disaman polis akibat tidak memakai topi keledar atau tidak memasang cermin sisi kenderaan.

Cium Tangan Polis Lepas Disaman

Berdasarkan video tular yang dimuat naik di laman Twitter tersebut, kelihatan dua orang pelajar ditahan polis akibat tidak memakai topi keledar, selain motosikal tersebut tidak mempunyai cermin sisi. Namun apa yang mencuit hati tentang video tersebut adalah kelakuan dua pelajar terbabit yang menyalam tangan anggota polis selepas mereka disaman.

Melihat dengan lebih teliti pada video tersebut, dua pelajar itu dilihat sedang berbual dengan anggota yang bertugas dan menandatangani surat saman yang dikeluarkan kepada mereka. Sebelum mereka berlalu pergi, dua pelajar tersebut bertindak menghulurkan tangan untuk bersalam dengan anggota polis dan mencium tangannya.

Saman Tetap Saman

Meninjau di ruangan komen video tersebut, kesemua warga maya amat terhibur dengan kelakuan dua pelajar itu. Walaupun penuh dengan budi bahasa, namun saman tetap saman.

Kredit: Twitter nanmanjoi8715

“Budi Bahasa Budaya Kita” – Netizen Terhibur Pelajar Cium Tangan Abang Polis Lepas Kena Saman Bawang Rangers.