EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Khai Bahar Akui Kini Sudah Dirisik Penganjur Lain

0 month ago, 24-Nov-2021

Redha menerima hakikat bahawa konsert solo pertama yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya (IB) dibatalkan, Khai Bahar mengakui kini mula ‘dirisik’ penganjur lain untuk acara sama.

Khai Bahar
1 hari lalu

Konsert Solo Batal, Khai Bahar Anggap Belum Ada Rezeki

Advertisement

Menurut Khai, butiran lanjut mengenai cadangan mementaskan konsert solonya itu bagaimanapun masih belum dapat dikongsi kerana masih belum ada dokumen pengesahan rasmi.

Memang ada yang sudah mula merisik. Bagaimanapun, setakat ini saya tidak boleh kongsi butirannya selagi belum ada hitam putih.

Bagi menjawab isu pembatalan Konsert Khai Bahar: Dari Smule ke Pentas Dunia yang sepatutnya berlangsung di IB pada 27 Mac tahun lalu, Khai memaklumkan yang perbincangan teliti dengan semua pihak telah memutuskan acara itu dibatalkan.

Advertisement

Tambah Khai, penganjur konsert iaitu Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy telah berbincang dengan pihak pengurusan dan peguam sebelum membuat pengumuman pembatalan konsert tersebut.

Khai turut memberitahu yang penganjur menganggap jalan terbaik adalah dengan membatalkan konsert tersebut selepas mengambil kira pelbagai faktor terutama kos, kapasiti premis dan risiko menjayakan persembahan berskala besar.

Ujar Khai lagi, dia dan pasukannya menerima keputusan tersebut dengan tenang dan menganggap yang mungkin belum rezekinya lagi untuk membuat persembahan solo di pentas Istana Budaya.

Khai Bahar

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul bin Baharuddin memaklumkan yang dia tidak kecewa biarpun persiapan sudah hampir 50 peratus siap susulan rancangan mementaskan konsert itu dibuat sebelum Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekadar info, Fauziah Ahmad Daud selaku penganjur sebelum ini telah mengumukan yang konsert solo Khai di Istana Budaya itu dibatalkan selepas tertangguh sejak lebih setahun lalu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Khai Bahar Akui Kini Sudah Dirisik Penganjur Lain first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...