www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Guna 3 Bahan Sahaja Untuk Buat Cheese Cake Gebu

5 month ago, 10-Nov-2018


Siapa yang tak sukakan kek Cheese, lagi-lagi kalau dapat kek yang gebu. Tapi kalau asyik membeli je memang habis duit gaji tu. Apa kata, setiap kali anda teringin nak makan kek Cheese, buat je sendiri dirumah.

Rupanya tak susah pun nak buat kek cheese gebu sendiri. Dikongsikan oleh Nurul Ain Ridzwan, resepi ini hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Lepas ni kalau tiba-tiba mengidam nak makan kek cheese, boleh buat sendiri je dan tak perlu keluar duit sehingga berpuluh ringgit untuk beli di kedai.

BACA:Kek Oreo Kukus Viral, Bajet Tak Sampai RM10

Bahan-bahan:

120gram cream cheese
120gram susu pekat
3 biji telur gred B
Sukatan ini dapat dalam 1 loyang kecik. Sesuai la kalau first time nak try buat.

Cara membuatnya:

1. Pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tidak berketul

2. Asingkan telur putih, pukul sampai jadi meringue

3. Masukkan kuning telur dalam adunan cream cheese dan susu pekat tadi. Pukul sampai sebati.

4. Campurkan meringue tadi dalam adunan cream cheese, susu pekat dan kuning telur. Kaup sampai sebati.

5. Tuang dalam loyang yang dah dilapik paper di gris atau baking paper.

6. Panaskan ketuhar 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi air dalam loyang pembakar)

7. Bakar 160 darjah selama 30 minit pertama api atas bawah. Kemudian, bakar 150 darjah selama 25 kedua atau sampai masak. Ikut ketuhar masing-masing. Cucuk lidi kalau tak lekat dah masak. Sejukkan dalam 15 minit baru keluarkan dari ketuhar.

8. Kalau nak letak topping pun boleh. Yang ini topping parutan cheddar cheese. Kalau nak cairkan topping cheddar cheese boleh bakar sekejap dalam ketuhar.

Tak susah mana pun nak buat kek cheese kan? Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami diFacebookdanInstagram




SUMBER : vitdaily.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts