EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

4 Bahan Dapur Tak Sesuai Buat Stok, Mudah Rosak Walaupun Belum Tiba Tarikh Luput

0 month ago, 06-Apr-2021

Ramai beranggapan cara selamat menyedia dan mengurusakan keperluan harian di dapur adalah dengan memastikan bahan kering seperti tepung, gula, bawang, dan sebagainya sentiasa mencukupi. Sebab itu, ada antara kita akan beli stok yang berlebihan dari keperluan. Lebih-lebih lagi kalau nampak harga produk tersebut murah

Tapi, ada beberapa barang yang kita tidak digalakkan untuk dibuat stock. Ini kerana dalam tempoh simpanan, kualiti bahan tersebut akan berkurangan. Antara barangan yang tidak sesuai untuk dibuat stock adalah:

MINYAK MASAK

Menurut NutritionFacts.org, minyak goreng mudah teroksidasi dan akan menyebabkan ia mulai berbau tengik walaupun belum tiba waktu luput.

TEPUNG GANDUM

Tepung merupakan bahan yang mudah menyerap kelembapan. Ini bermakna, ia juga mudah menarik kelembapan dari udara. Walaupun tersimpan di dalam plastik, masih terdapat banyak maslah pembungkusan terhadap tepung gandum lebih-ebih lagi yang jenis subsidi.

TELUR

Ini antara bahan WAJIB ada di dapur. tapi kalau beli 10, belum tentu ia akan habis sebelum tiba tarikh luput. Kualiti telur yang dibeli hanya mampu bertahan paling lama 1 minggu. Walaupun ada yang menyimpan telur di dalam peti sejuk, ia hanya akan merosakkan tekstur dan kualiti telur tersebut

KOPI

Walaupun kopi masih dalam kondisi baik dalam tempoh 3-5 bulan selepas tarikh lupu. Jika tidak di simpan rapi, ia akan mengeras. Tambahan, kesegaran kopi akan berkurangan jika disimpan daam tempoh yang lama walaupun belum tiba tarikh luput

4 Bahan Dapur Tak Sesuai Buat Stok, Mudah Rosak Walaupun Belum Tiba Tarikh Luput IMPIANA.



SUMBER : impiana.my



Live Website Traffic


loading...