EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bahagiakan Mak Ayah Akan Memperluaskan Lagi Rezeki Kita

0 month ago, 13-Sep-2020

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bahagiakan mak ayah, itu paling utama. Sekali kita susahkan mak ayah, tertutup satu pintu rezeki.

Bayangkan kalau kita ada 5 pintu rezeki, kita susahkan mak ayah, maka tinggal 4. Kita susahkan lagi, maka tinggal 3, kita resahkan lagi hati mereka, berkurang lagi satu dan begitulah berikutnya.

Walau apa pun kemahuan kita, iyakan dan jawab dengan baik apa yang emak ayah kita cakap atau minta. Emak ayah kita sentiasa betul walaupun hakikatnya mereka salah. Jangan melawan atau membantah.”

Pada masa yang sama kita nak buat apa yang kita minat dan suka itu, buatlah. Namun yang penting adalah tetap gembirakan hati mereka.

Kadang kala kita tertanya kenapa kawan yang itu murahnya rezeki, kita pula sebaliknya. Ada antara kita minta kerja tak dapat, buat bisnes tak jadi, buat itu ini semua serba tak kena. Orang lain nampak smooth saja.

Kena periksa semula hubungan kita dengan mak ayah. Manalah tahu ada terasa hati kat mana-mana, tersusahkan hati mereka tanpa sedar apatah lagi dengan sengaja.

Kawan-kawan, rezeki itu luas. Boleh jadi duit, boleh jadi keberbakatan atau mungkin juga kesihatan. Jika kita jaga orang tua sebaiknya, percayalah akan datangnya rahmat tak terjangka. Jika tidak dimudahkan sekarang, mungkin masa depan.

Untuk dibahagiakan, kita perlu membahagiakan.

: 21 Cerita Murah Rezeki

Bahagiakan Mak Ayah Akan Memperluaskan Lagi Rezeki Kita first appeared on Denaihati - Blog Tips Kehidupan.


SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...