EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bahagia & Serasi Bersama Pasangan. Lakukan 8 PERKARA KECIL Ini Sebelum Tidur

0 month ago, 26-Jun-2020

Sesibuk manapun pasangan suami isteri mereka tetap akan mencari bahagia dalam rumahtangga. Mereka juga berhak untuk merasa bahagia walaupun batas waktu menjadi cabaran utama untuk meluangkan masa bersama. Biarpun sekarang ini kehidupan semakin mencabar, tidak terkecuali dalam rumahtangga masih ramai lagi pasangan yang berjaya mengekalkan keharmonian.

Kebiasaannya, kebahagiaan dicapai apabila kedua-dua pasangan menjadi insan yang matang serta memiliki beberapa persamaan. Pasangan yang saling berkongsi tentang perasaan mereka akan cenderung untuk mempunyai hubungan yang aktif dan sihat serta hubungan intim yang baik. Justeru, untuk menjadi pasangan yang kekal bahagia amalkan 8 perkara ini sebelum anda berdua tidur.

ELAK TIDUR KETIKA SEDANG MARAH
Sikap amarah tidak bagus untuk kesihatan kerana ia hanya menyebarkan aura negatif dalam diri. Jiwa seharusnya gembira tatkala menghadapi hari baru. Setiap pasangan bahagia tidak akan tidur dalam keadaan marah. Jika anda dan pasangan bertengkar sebelum tidur cubalah untuk segera menyelesaikannya sehingga tercapainya kesefahaman.

ELAK BERDEBAT SEBELUM TIDUR
Jangan tidur dalam keadaan marah kepada sesiapa sahaja, apatah lagi dengan pasangan. Percayalah, anda dan pasangan akan merasa lebih sukar untuk tidur jika emosi berada dalam keadaan tidak stabil. Jiwa juga berada dalam suasana yang tidak tenang saat bangkit daripada tidur keesokan harinya. Tiada untungnya kerana tidak akan ada seorang pemenang pun dalam situasi ini.

LUPAKAN SEKETIKA URUSAN KERJA
Elakkan daripada bercakap tentang urusan kerja kerana ianya tidak akan habis. Urusan kerja ada masa yang sesuai untuk dibincangkan. Waktu malam adalah untuk beristirehat bersama keluarga. akkan segala tekanan serta beban kerja sehingga esok pagi. Berikan tumpuan sepenuhnya terhadap pasangan untuk mengeratkan lagi kemesraan hubungan. Berbicaralah dari hati ke hati bersama pasangan.

JAUHKAN ATAU MATIKAN TELEFON BIMBIT

Duduk sahaja bersebelahan tetapi tangan masih memegang telefon. Perbuatan ini bukan hanya merampas masa berkualiti anda dan pasangan bahkan turut mengganggu kualiti tidur. Ini kerana pada waktu malam tubuh akan menghasilkan hormon oxycontin yang membantu kita untuk tidur. Namun begitu, cahaya dari telefon bimbit boleh menjejaskan produktiviti hormon tersebut. Maka, matikan sahaja!

TIDUR PADA WAKTU YANG SERENTAK DENGAN PASANGAN
Tidurlah pada waktu yang sama dengan pasangan anda kerana ia dapat membantu membangkitkan kehangatan serta keakraban dalam perhubungan. Ketahuilah bahawa tidur dalam dakapan insan yang tersayang mampu mencetuskan rasa bahagia di samping mencetuskan satu perasaan yang menakjubkan dan sukar diungkapkan.

SALING MEMUJI
Siapa yang tidak sukakan pujian, bukan? Percayalah, anda akan rasa bahagia saat tertidur dalam keyakinan bahawa anda dicintai dan disayangi. Setiap pasangan disarankan untuk saling memberikan sekurang-kurangnya tiga pujian di saat merasa terlelap pada setiap hari.

PERBUALAN INTIM
Pasangan yang bahagia kerap membicarakan tentang cinta, kasih sayang, pilihan, perasaan serta keinginan terhadap satu sama lain. Sekiranya perkara ini diamalkan setiap hari ia menjadi petanda yang baik bahawa hubungan anda dan pasangan berjalan lancar dan bahagia.

TIDUR BERPELUKAN
Sesungguhnya ia satu nikmat kebahagiaan yang tidak terungkap apabila dapat saling berpelukan ketika tidur. Mudah sahaja bukan? Hanya dengan cara ini sudah mampu mencetuskan rasa tenang, bahagia, dilindungi serta dihargai oleh pasangan. Dakapan yang dirasakan sehangat cinta anda berdua.


SUMBER : nona.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...