EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bahagia dengan keluarga, wanita lali dipandang serong bersuamikan lelaki Afrika

0 month ago, 07-Apr-2021

Perkahwinan merupakan satu ikatan yang suci. Kita juga tidak tahu siapakan jodoh kita sehingga tiba masanya nanti.

Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang berkahwin dengan orang dari luar negara kerana sudah tertulis jodoh mereka.

Namun, ada sesetengah rakyat negara ini yang meletakkan kasta dengan membanding-bandingkan rakyat dari negara-negara tertentu hingga membuatkan pasangan mereka berasa tidak selesa.

Hal ini dihadapi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mamabib apabila berkongsi kisah bertemu jodoh dengan warganegara Afrika dan dipandang serong oleh sesetengah masyarakat.

@bib_bites

Reply to @hafindywalang itu ina jodoh dikjodoh akak org Africa nak buat cmner sian kadang2 #fyppppp #tiktok #foryoupage

? YE OKKKK. ChronicalZ

Walaupun penat menjawab pelbagai soalan mengapa memilih pasangan dari Afrika, namun dia yakin dengan jodohnya dan sangat bahagia dengan perkahwinan serta sudahpun mempunyai empat orang anak yang sedang meningkat remaja.

@bib_bites

fact!#viral2021 #fyp #tiktok #yearontiktok #tiktokguru #fyppppp #interacialmarriage #africanmalay

? Love Not War (The Tampa Beat) Jason Derulo & Nuka

Disebalik kata-kata negatif yang diterima, ada juga netizen yang berminat mengetahui tentang kehidupan keluarganya. jadi, @mamabib menjawab dengan baik dan menjelaskan situasi dihadapi anak-anaknya yang lahir dalam dua budaya berbeza.

@bib_bites

Answer to @brandongan__ kami guna bahasa english dan BM #fyppppp #yearontiktok #tiktok

? Wake up in the Morning Tegami

Sehubungan dengan itu, ramai sebenarnya yang meninggalkan komen positif di TikTok wanita tersebut kerana kagum dengan kecekalannya menghadapi tohmahan dan cercaan menikahi warganegara luar.

Mereka turut mendoakan agar keluarga ini terus dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat.

: @mamabib



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...