EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Bagus Cara Didikan Dr. Jezamine Dan Harith Iskandar, 5 Aktiviti Tak Pernah Tinggal

0 month ago, 08-Apr-2021

Kagum rasa hati tatkala melihat Dr. Jezamine Lim dan suami tercinta Harith Iskandar mendidik anak dengan penuh kasih sayang meskipun rutin harian sangat sibuk, apatah lagi kedua-duanya juga sangat aktif dengan kerja-kerja amal kebajikan masyarakat.

Kalau perasan di akaun Instagram Dr. Jezamine, dirinya bersama suami tercinta sering melakukan beberapa aktiviti ini bersama anak-anak mereka.

Dan menariknya aktiviti yang dilakukan itu sangat bagus bagi mendidik peribadi, dan tumbesaran anak-anak untuk jangka masa panjang!

Hiking Bersama Anak-Anak

Foto Instagram Dr. Jezamine Lim

Walau sesibuk manapun Dr.Jazemine dan suaminya pelawak terkenal Harith Iskandar, mereka berdua tetap akan meluangkan masa untuk keluarga tercinta.

Dan antara aktiviti yang sering mereka berdua lakukan bersama tiga permata hati Zander Xanye Iskandar, Alessandrea Jayne Iskandar, Zyane Xanye Iskandar adalah dengan melakukan aktiviti hiking.

Aktiviti ini bagus bagi menguatkan tubuh badan anak-anak, dan dalam masa yang sama dapat membentuk disiplin diri dan melatih kesabaran diri dari usia muda.

Ajak Anak-Anak Bantu Buat Kerja Amal

Foto Instagram Dr. Jezamine Lim

Selain itu, Dr. Jezamine juga menerapkan budaya membantu pada golongan yang memerlukan dengan mengajak anak-anak membantu dalam kerja amal seperti memasukkan sanitizer dalam beg derma.

Dengan aktiviti seperti ini, ia secara tidak langsung mendidik anak untuk menjadi insan yang prihatin, tinggi empati dan nilai moral.

Galakkan Anak Buat Kerja Rumah

Bukan itu saja, Dr. Jezamine juga mengajar anak perempuannya untuk melakukan kerja rumah seperti mengemop lantai rumah. Dengan aktiviti seperti ini, ia secara tidak langsung mendidik anak untuk jadi ringan tulang dalam melakukan kerja-kerja rumah.

Terapkan Minat Membaca Dari Awal Dan Pantau Kerja Sekolah

Foto Instagram Dr. Jezamine Lim

Untuk galakkan anak-anak minat dan suka membaca buku kenalah bermula dari awal, dan cara ini juga diguna pakai oleh Dr. Jezamine dan Harith bagi menerapkan minat membaca dalam diri anak-anak mereka.

Selain menerapkan minat membaca, Dr. Jezamine dan Harith juga akan memantau kerja sekolah anak-anak mereka satu-persatu dengan cara ini mereka sebagai ibu bapa dapat melihat tahap dan keupayaan pembelajaran anak-anak.

Wajib Berlibur Satu Keluarga

Foto Instagram Dr. Jezamine Lim

Miliki kerjaya yang sibuk bukan alasan untuk mengabaikan masa bersama anak-anak, Dr. Jezamine dan Harith sangat menitikberatkan waktu terluang bersama keluarga tercinta.

Dan sudah tentunya tatkala miliki hari yang lapang mereka sekeluarga akan habiskan masa dengan berlibur, dengan cara ini hubungan anak dan ibu bapa akan sentiasa utuh dan rapat.

Menarik aktiviti yang dilakukan Dr. Jezamine dan Harith Iskandar bersama anak-anak mereka, mungkin para ibu bapa di luar sana boleh mengambil serba sedikit cara didikan seperti ini bagi memupuk peribadi dan perwatakan diri anak-anak dari usia yang muda.

Selamat beramal?



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...