EdisiViral.Com Search Guest Post Login

'Bagus, biar mak bapak tahu apa anak dia pergi sekolah ke tak' - Sekumpulan pelajar ponteng ditahan & dibawa ke balai

0 month ago, 14-Jul-2019


Viral di media sosial baru-baru ini gambar sekumpulan pelajar sekolah menengah ditahan polis kerana didapati ponteng sekolah. 

Tweet yang dimuat naik Pendidik Majalah itu mendapat banyak reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan tindakan itu bagi memberi pengajaran kepada para pelajar terbabit. 

"Siapa ada anak yang didapati ponteng sekolah, lepak di mall dan di kawasan bandar memakai uniform sekolah, polis akan tahan, naik lori dan bas hantar ke balai. 

"Ibu bapa atau penjaga kena datang untuk jamin," katanya. 

Siapa ada anak yg didapati pongteng sekolah lepak di mall dan d kawasan bandar memakai uniform sekolah polis akan tahan naik lori dan bas hantar ke balai,dan ibubapa penjaga kena dtg utk jamin

Kredit: Wong Thien Kiong pic.twitter.com/1qTySRGxBx
Pendidik ???????? (@pendidikmajalah) July 9, 2019


Difahamkan, gambar tersebut dirakam di Sandakan, Sabah. 

Bagus....biar mak bapak tahu apa yg anak dia buat pg sekolah ke tak. Kalo pg alhamdulillah, bagus kalo x mak bapak tolong sebat.
mohamad zaki (@s0n_ofzahri) July 10, 2019


nnt dah habis skolah, mesti drg akan trobek

"gempak doh naik lori polis"
NejO (@nosmokang) July 9, 2019


Tahniah kepada agensi yang terlibat, bersama kita membanteras gejala ponteng sekolah dikalangan anak muda.
???????????????????? ???????????????????????????????? (@abgzulfikar) July 10, 2019


Hahaha... Buat perabis duit bayar yuran mahal, last ponteng skolah. Apa la sangat duit. Itu kalo org kaya.
azuwan (@iswanko_22) July 10, 2019


: Pendidik Majalah

SUMBER : thereporter.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com