EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bagaimana Sekeping Surat Ini Mengubah Sejarah Agung Alcatraz Sebagai Penjara Paling Inescapable

0 month ago, 10-Sep-2020

Penjara Alcatraz terkenal sebagai penjara yang paling menakutkan, tidak berperikemanusiaan dan juga memiliki sistem keselamatan yang sangat kuat.

Sangat sukar untuk mana mana banduan melarikan diri daripada penjara ini yang digelar, inescapable.

Korang bayangkan, kalau korang lepas keluar pun, batu batu tajam menunggu di sepanjang pesisiran pulau. Seterusnya air laut yang sangat sejuk membuatkan banduan yang cuba melarkukan diri akan mengalami hyportermia sejuk melampau.

Penjara Alcatraz adalah penjara di Pulau Alcatraz, Teluk San Francisco, California, yang dibuka pada tahun 1850 untuk tujuan ketenteraan dan telah tidak beroperasi sejak 21 Mac 1963.

Sejak tahun 1934, penjara yang dijuluki The Rock kerana terletak di pulau karang, ditempatkan penjenayah berprofil tinggi seperti raja mafia Al Capone aka Scarface.

Hampir semua banduan yang disumbat ke dalam Alcatraz adalah mereka yang dikenakan hukuman sekurang-kurangnya penjara seumur hidup.

blank

Hubungan antara tahanan sangat terbatas, termasuk dengan penjaga dan psikiatri.

Sebilangan besar interaksi ini berlaku di dalam sel yang hanya kira-kira tujuh meter persegi.

Semua tahanan diasingkan dan diperiksa sepanjang masa. Setiap sel hanya dilengkapi dengan katil, meja, bangku, tandas, sinki, perabot serbaguna yang diperbuat daripada keluli tahan karat.

Dindingnya diperbuat daripada konkrit tebal, pintu logam mampat dengan lubang kecil untuk menghantar makanan, minuman, dan ubat-ubatan.

Dengan tahap keselamatan yang sangat tinggi ini, adalah mustahil untuk mana mana banduan keluar melarikan diri dan hidup bebas di luar sana.

Namun sebenarnya, ada!

Alcatraz pernah tercabar dengan pendedahan bahawa dalam sejarahnya, ada 3 orang banduan yang berjaya melakukannya. Di mana mereka berjaya melarikan diri dan hidup bebas.

Sebanyak 13 percubaan melarikan diri melibatkan 36 banduan. 33 gagal. Ada yang ditangkap, ada yang ditembak mati dan ada yang disahkan lemas.

Statusnya sebagai penjara kebal dan tak mampu diatasi mana mana banduan untuk melarikan diri akhirnya lebur juga pada 1962.

Kejadian itu berlaku tepat pada 11 Jun 1962. Tiga orang banduan telah berusaha melakukan perkara yang dianggap sia sia oleh ramai orang.

Dan nasib ketiga-tiga banduan yang melarikan diri tidak diketahui lagi selepas itu. Adakah mereka lemas? Adakah mereka bertahan dan hidup dengan identiti baru?

Di sekitar penjara Alcatraz itu terkenal dengan banyaknya burung pelikan.

blank

Itu adalah satu-satunya kisah percubaan melarikan diri penjara Alcatraz yang berjaya melarikan diri.

Kes ini tak ramai yang tahu. Ditambah dengan, tidak ada yang tahu ke mana ketiga tahanan yang melarikan diri itu pergi dan ke di mana mereka berada selepas itu.

Kes ini menjadi heboh apabila Polis San Francisco menerima surat yang misteri pada awal Januari 2018.

Pengirim surat itu mengaku dirinya ialah John Anglin, salah seorang tahanan yang melarikan diri pada bulan Jun 1962.

Surat itu menceritakan apa sebenarnya berlaku pada 11 Jun 1962.

Menurut polis, surat itu sebenarnya telah diterima sejak 2013 dan hanya dibuka kepada orang ramai pada tahun 2018 untuk disahkan dahulu kesahihannya.

Frank Morris adalah dalang dan mastermind kepada semua ini. Morris adalah penjenayah yang terlibat dalam pelbagai jenayah sejak kecil dan sudah biasa dengan penjara.

Sebagai penjenayah, Morris telah merasakan penjara di banyak tempat dengan tahap keselamatan berbeza di dalam hidupnya.

Dia juga pernah melarikan diri dari penjara di Louisiana yang digelar sebagai Alcatraz di Selatan.

Dan kali ini dia cuba untuk melarikan diri daripada Alcatraz yang sebenar. Morris tidak dapat melaksanakan rancangannya sendiri, jelas dia memerlukan bantuan lain.

Bantuan itu datang dari dua adik beradik lelaki bernama John dan Clarence Anglin.

blank

Anglin bersaudara memulakan kerjaya jenayah mereka dengan merompak sebuah bank tetapi kemudian ditangkap dan dihumban ke penjara Atlanta.

Akibat berulang kali cuba melarikan diri, mereka berdua akhirnya dihantar ke penjara Alcatraz di mana kedua-duanya kemudian bertemu Frank Morris.

Bersama Frank Morris dan dibantu oleh Allen West, mereka berempat mencatatkan sejarah melarikan diri yang paling terkenal sepanjang zaman.

Allen West pernah mencadangkan kepada Morris idea untuk melarikan diri dari Alcatraz. Allen tahu serba serbi tentang struktur penjara itu.

Dia memberitahu Morris tentang satu penutup ventilator yang tidak dikunci di atas sel mereka. Mereka berempat diletakkan di lokap yang bersebelahan.

Untuk menyokong rancangan melarikan diri, mereka mengumpulkan pelbagai barang yang boleh dijumpai atau dicuri di kawasan penjara.

Mereka mulai membuat satu model kepala manusia diperbuat daripada pelbagai bahan dan suratkhabar. Ini termasuk ada rambut sekali.

Salah seorang daripada mereka iaitu Claence bertugas sebagai tukang gunting di penjara, dan dia mengumpul rambut rambut itu untuk digunakan.

Dan paling logik dialah yang mebuat kepala palsu itu.

Oleh kerana hanya ada satu peluang untuk melarikan diri, mereka harus memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.

Mereka bertiga hanya berpegang kepada prinsip: berjaya lari ataupun mati.

Mereka memulakan rancangan mereka. Salah satu caranya adalah dengan membuat kepala anak patung yang kelihatan seperti kepala manusia untuk menipu pengawal pada malam mereka melarikan diri.

blank

Bersama-sama mereka membuat pelbagai alatan daripada barang terpakai, pemutar skru, tang, sudu besi, dan alatan lain. Mereka turut membuat alat muzik.

Mereka berempat menggali terowong sehingga kira-kira empat jam setiap hari mennggunakan alatan seperti garpu dan sudu yang mereka curi dari dewan makan.

Nasib baik, rembesan air laut dari paip menjadikan dinding lebih mudah pecah.

Kemudian, Morris akan memainkan akordeon dengan sekuat kuatnya ketika sesi bermain muzik untuk menutup suara ketika rakan-rakannya menggali tembok penjara.

Ya Alcatraz ada satu sesi bermain muzik untuk para banduan, di mana mereka berkumpul sebagai satu kumpulan.

Terakhir, mereka berkumpul dan mengumpulkan baju hujan untuk membentuk rakit yang digunakan untuk melarikan diri.

Mereka mendapat informasi membuat rakit dengan baju hujan itu menerusi membaca majalah ketika di penjara. Selain itu, mereka juga menggunakan angin daripada akordeon untuk meniup angin rakit yang mereka bina.

blank

Pada 11 Jun 1962 sekitar jam 11:30 malam, mereka bertiga sudah berada di rakit dan melarikan diri.

Namun Allen West gagal melarikan diri kerana terlambat dan tertinggal di belakang ketika tiga rakannya itu sudah pergi.

West terpaksa kembali semua ke lokapnya.

blank

Jejak mereka bertiga tidak dijumpai langsung dan menjadi misteri hingga kini. Para pengawal penjara percaya mereka bertiga tidak akan dapat keluar hidup hidup.

Namun Mayat mereka tidak pernah dijumpai di sekitar kawasan luar penjara. Membuatkan ramai yang bertanya-tanya apakah mereka mati di Teluk San Francisco yang berombak atau benar benar sampai ke pantai dan bebas?

Selama bertahun-tahun sejak itu, hampir tidak ada siapa yang kisah tentang 3 lelaki yang hilang jejak itu.

FBI akhirnya memutuskan menutup kesnya pada tahun 1979, menyimpulkan bahawa mereka yang cuba melarikan diri dipercayai sudah mati. Mustahil untuk mereka berjaya sampai ke daratan di seberang.

blank

Tetapi pada bulan Januari 2018, CBS San Francisco menerbitkan sekeping surat yang ditujukan kepada FBI yang menceritakan kisah yang sama sekali berbeza dan mendakwa bahawa penjenayah itu bebas sejak tahun 1960-an.

Dalam surat itu, John menulis: Nama saya John Anglin. Saya melarikan diri dari Alcatraz pada bulan Jun 1962 dengan saudara saya Clarence dan Frank Morris.

Saya berumur 83 tahun dan dalam keadaan teruk. Saya menghidap barah. Ya, kami semua berjaya malam itu, tetapi nyaris tidak berjaya melakukannya!

blank

Surat itu dihantar Jabatan Polis San Francisco pada tahun 2013, kata penyiar itu, tetapi telah dirahasiakan untuk kajian dan penyelidikan yang panjang.

Sebuah makmal FBI memeriksa surat itu untuk cap jari dan DNA, dan menganalisis tulisan tangan di dalamnya, tetapi hasilnya tidak dapat dipastik.

Jadi itu bermaksud ya, dan itu juga bermaksud tidak, jadi ini meninggalkan segala persoalan, kata penganalisis keselamatan Jeff Harp kepada CBS.

Dalam surat itu, penulis menjelaskan bahawa dia adalah anggota trio yang terakhir hidup. Dua lagi rakan konspirasinya meninggal pada tahun 2005 dan 2008.

Dia menawarkan satu perjanjian khas dengan pihak berkuasa.

Sekiranya pihak berkuasa mengumumkan di televisyen di mana saya akan menerima hukuman penjara satu tahun, atau di mana sahaja saya boleh mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan, maka saya akan menulis semula untuk memberitahu anda di mana saya berada.

Ini bukan jenaka, tegas John Aglin.

blank

Walaupun ini adalah kali pertama orang yang mengaku sebagai diri mereka sebagai salah seorang daripada trio yang melarikan diri daripad Alcatraz, namun FBI tidak terus menerima bulat bulat pengakuan itu.

Robert Checchi, seorang pegawai polis San Francisco, melaporkan melihat sesuatu yang digambarkannya sebagai perahu putih yang cantik di bahagian teluk pada malam kehilangan lelaki itu.

Tidak ada lampu yang menyala, tetapi seperti ada orang di dalamnya yang menyalakan lampu suluh ke dalam air. Polis mengesannya menerusi menara kawalan namun tidak menemui pemilik bot itu.

Baru-baru ini, sebuah dokumentari khas oleh History pada 2015, menunjukkan gambar mereka yang dipercayai diambil di Brazil kira-kira 13 tahun selepas mereka hilang.

Anggota keluarga mereka juga mengakui bahawa mereka kerapkali berdepan perkara aneh.

Itu selalu dibincangkan dalam keluarga kami, kata David Widner kepada CBS, salah seorang anak saudara kepada John dan Clarence Anglin.

Nenek saya seringkali menerima mawar selama beberapa tahun selepas peristiwa melarikan diri itu.

Widner meluahkan rasa kecewa bahawa pihak berkuasa tidak menghubungi keluarga mengenai berita berkaitan dengan kaum keluarganya.

Baginya untuk mengatakan bahawa dia menghidap barah dan sedang mati, saya rasa mereka seharusnya setidaknya menghubungi keluarga dan memberitahu mereka [surat] itu ada, katanya.

Tetapi pihak berkuasa dengan cepat menepis segala khabar angin mengenai kejayaan melarikan diri itu.

Dalam wawancara dengan CBS San Francisco, Marshall A.S. yang menyiasat kes itu memberitahu penyiar bahawa mereka menganggap tindakan penulis surat itu hanyalah untuk memalukan pihak berkuasa dan mencari sensasi.

Malah beliau percaya, kesemua mereka yang cuba melarikan diri sudah mati.

Biro Penjara Persekutuan mengatakan bahawa mereka mati lemas setelah turun dari Alcatraz dan mayat mereka dihanyutkan ke Laut Pasifik habis cerita, kata John Cantwell.

Penjara ini ditutup secara kekal pada tahun 1963, setahun setelah ketiga tiga lelaki itu hilang. Hari ini, ia menjadi tuan rumah kepada lebih dari sejuta pelancong setiap tahun.

Namun kisah Aglin bersaudara terus menjadi antara perkara yang popular.

Rujukan

History

Brittanica


SUMBER : axello.net

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...