EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bagaimana Menjadi Versatil Dengan Baju-T Putih?

0 month ago, 24-Mar-2020

Secara peribadinya saya memang suka baju-t putih, itulah gaya saya hampir saban hari. Di dalam gerobok baju saya bergantungan berhelai-helai baju-t putih. Saya memang gemar menggayakannya (sesekali hitam), dan saya akan memadankannya dengan pelbagai gaya. Mengapa saya suka sangat baju-t putih? Mudah kerana ia helaian asas yang akan nampak classy sampai bila-bila.

COS

Bagaimana menjadikan baju-t putih nampak versatil?

1- Padankan bersama celana denim untuk gaya santai yang effortless. Untuk membuatkan anda nampak bersiap boleh padankannya dengan jaket khakis warna coklat atau pun boleh juga dipadankan dengan kemeja (boleh juga kemeja itu berwarna putih).

2- Anda juga boleh nampak kemas dengan menyarung baju-t putih. Caranya padankan bersama suit untuk gaya semi-formal. Baik lelaki atau perempuan boleh mengguna pakai stail ini. Untuk wanita boleh padankan bersama sepatu tumit tinggi. Lelaki? Sama ada sniker atau loafer, kedua-duanya tak salah.

3- Untuk perempuan anda boleh padankan baju-t putih dengan skirt, bermacam-macam potongan skirt boleh anda padankan bersama. A-line ataupun potongan pensel, kedua-duanya tetap bergaya.

4- Hidupkan gaya baju-t putih dengan padanan aksesori. Boleh gayakan rantai berlapis-lapis (berbeza material dan labuh) untuk gaya yang lebih menonjol. Padankan bersama skarf atau seutas rantai mutiara untuk gaya classy.

Baju-T Putih COS

Label fesyen COS mahu mengulang semula kejayaan projek tahun lalunya, White Shirt Project. Tahun ini jenama yang diasaskan di London ini melancarkan pula White T-Shirt Project yang mana mereka hadir bersama koleksi kapsul pada bulan April.

Untuk koleksi ini, COS menghasilkan tujuh rekaan baju-t putih untuk lelaki dan perempuan, berbeza potongan dan bentuk dan semestinya tampak cukup bersahaja (effortless). Menerusi himpunan ini COS mahu peminatnya menyedari betapa versatilnya baju-t putih, biar ringkas namun menang gaya.

COS


SUMBER : eh.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...