www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Bagai mimpi tewaskan Reds

0 month ago, 07-Nov-2018


Aksi Milan Pavkov ketika menentang Liverpool

WIRA Red Star Belgrade, Milan Pavkov tidak menyangka berjaya membantu kelab Russia itu menewaskan Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Pavkov menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama untuk memastikan Red Star meraih kemenangan pertama di peringkat Eropah sejak tahun 1992.

Penyerang berusia 24 tahun itu memberitahu sukar untuk dia melupakan kenangan manis itu yang turut menghidupkan peluang pasukannya dalam Kumpulan C.

“Saya sudah lama menantikannya. Saya menyatakan sebelum ini yang saya mahu menjaringkan gol ke atas Liverpool dan saya berjaya melakukannya sebanyak dua kali.

“Saya mungkin tidak dapat tidur. Saya pernah melaluinya selepas memenangi perlawanan liga sebelum ini dan kemenangan kali ini lebih membuatkan saya teruja,” katanya.

Red Star kini mengumpul empat mata untuk kekal bersaing dalam Kumpulan C bersama Napoli dan Liverpool (enam mata) serta Paris Saint-Germain (lima mata).

Pemain Red Star Belgrade meraikan kejayaan menewaskan Liverpool

Sementara itu, pertahanan Red Star, Milos Degenek pula menganggap sikap Liverpool yang terlalu memandang rendah mereka menjadi punca skuad bimbingan Jurgen Klopp itu gigit jari.

“Saya berasakan Liverpool terlalu memandang rendah kebolehan kami dan mereka terpaksa membayar kesilapan tersebut.

“Saya harap kami dapat mengekalkan aksi seperti itu untuk setiap minggu,” ujarnya.

Bagai mimpi tewaskan Reds Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts