www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Badminton Perodua Malaysia Masters 2019: Bintang handalan dunia bakal berentap

0 month ago, 08-Dec-2018


Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamed Norza Zakaria (paling kanan), Pengurus Besar BAM, Michelle Chai (paling kiri); Pengurus Besar, Pejabat D Brand, Jabatan Promosi Jualan & Pemasaran Luar Negara Daihatsu Motor Co. Ltd, Ichiro Otaki (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin (dua dari kanan) serta barisan pemain negara semasa Sidang Media Pra- Kejohanan PMM2019 di Akedemi Badminton Malaysia.

Himpunan pemain badminton berstatus bintang bakal membuat perhitungan dalam saingan Perodua Malaysia Masters (PMM) 2019 yang dibawakan oleh Daihatsu apabila ramai pemain terbaik dunia telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan HSBC Jelajah Dunia Super 500 di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) dari 15 hingga 20 Januari nanti.

Peminat yang hadir akan berpeluang untuk menyaksikan juara dunia yang juga pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia ketika ini, Kento Momota dari Jepun beraksi dalam PMM2019. Dia yang cemerlang dalam beberapa kejohanan utama tahun lalu pastinya menyimpan cita-cita untuk mengecewakan juara bertahan kejohanan, Viktor Axelsen dari Denmark.

Selain itu, Tai Tzu Ying (pemain perseorangan wanita nombor satu dunia dari Taiwan), Marcus Gideon- Kevin Sukamuljo (beregu lelaki nombor satu dunia, dari Indonesia) juga mengesahkan kehadiran mereka ke saingan dalam kalendar Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ini.

Sejak dinaikkan taraf ke kejohanan Gred 2 Tahap 4 Jelah Dunia BWF (Super Series) 2018, edisi ke-11 ini akan menyaksikan lebih daripada 350 pemain bersaing untuk merebut hadiah bernilai US$350,000, peningkatan yang ketara berbanding edisi tahun lepas.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamed Norza Zakaria melihat perkembangan pesat kejohanan ini dan beliau juga mempunyai keyakinan tinggi bahawa kejohanan tahun ini akan menjadi salah satu yang terbaik sejak dimulakan pada tahun 2009.

“Sekiranya anda mengikuti perkembangan baru-baru ini, BAM belum membida untuk mana-mana kejohanan utama selain daripada kejohanan yang diperuntukkan kerana kami lebih tertumpu dalam meningkatkan kualiti saingan yang sedia ada.

“Kejohanan ini telah berkembang pesat dan kini merupakan salah satu daripada tujuh kejohanan Gred 2 di bawah sanksi BWF, yang menawarkan jumlah keseluruhan US$ 350,000.

Untuk kejohanan pada edisi lepas, kami berjaya memungut jualan tiket sebanyak RM400,000 dan nilai PR (Perhubungan awam) berjumlah RM13 juta, kata Norza semasa sidang akhbar di Akedemi Badminton Malaysia hari ini.

Turut hadir ialah Pengurus Besar BAM, Michelle Chai; Pengurus Besar, Pejabat D Brand, Jabatan Promosi Jualan & Pemasaran Luar Negara Daihatsu Motor Co. Ltd, Ichiro Otaki dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin.

“Daihatsu telah wujud sekitar 140 tahun dan kami berharap dapat meneruskan kerjasama kami dengan BAM, membawa badminton Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” kata Ichiro dalam ucapan pembukaannya.

Tidak lupa pemain tempatan, kecuali Datuk Lee Chong Wei, yang sedang menjalani pemulihan selepas menjalani rawatan untuk kanser hidung, Dato Norza menjangkakan mereka akan mendapat keputusan yang lebih baik pada 2019.

“Kami tidak sabar untuk melihat prestasi terbaik pemain kita dan saya mempunyai harapan bahawa mereka akan lebih baik daripada tiga yang menamatkan kedudukan podium tahun lepas.

“Saya mahu pemain menunjukkan aksi sebenar dalam kejohanan ini termasuk pemain pelapis. Pemain pelapis kami harus realistik sekurang-kurangnya mensasarkan peringkat suku akhir sebagai persiapan mereka ke Sukan Olimpik, “katanya.

Antara pemain yang bakal mencuri tumpuan peminat adalah pemain perseorangan lelaki, Chong Wei Feng dan Lee Zii Jia; juara remaja dunia baru-baru ini, Goh Jin Wei; pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Turut membawa cabaran adalah pasangan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen dan dalam beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing

Untuk rekod, Malaysia menamatkan saingan selaku naib johan dalam acara beregu lelaki melalui V Shem-Wee Kiong dan dua tempat ke-3/4 dalam perseorangan lelaki melalui pemain profesional, Liew Daren serta beregu campuran (Soon Huat-Shevon Lai) pada edisi sebelum ini.

Jualan tiket telah dilancarkan pada 3 Disember lalu dan boleh juga didapati di myticket.asia atau melalui hotline 03-8605 0195. Ikuti Daihatsu Badminton di facebook di (www.facebook.com/daihatsu.badminton.en/) atau layari laman web rasmi di (https://daihatsu-badminton.com) untuk kemaskini media sosial terkini, wawancara di belakang tabir, previu untuk kejohanan dan banyak lagi.

Badminton Perodua Malaysia Masters 2019: Bintang handalan dunia bakal berentap Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts