EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Badminton gagal tuai emas

0 month ago, 04-Dec-2019

SKUAD badminton lelaki kebangsaan gagal menandingi kehebatan lawan yang juga juara bertahan, Indonesia selepas tewas 1-3 pada aksi final badminton berpasukan Sukan Sea di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila, hari ini.

Sandaran untuk memperoleh mata pertama menerusi jaguh perseorangan negara hampa apabila Lee Zii Jia tewas kepada Jonathan Cristie 9-21, 17-21.

Bagaimanapun, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila menyamakan kedudukan selepas mengatasi Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 21-17, 21-13.

Perseorangan kedua negara, Soong Joo Ven hampir melakar kejutan menyumbang mata kedua apabila memberi tentangan sengit kepada Anthony Ginting sebelum tewas 21-13, 15-21, 18-21.

Beregu kedua negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang diharapkan mampu menyamakan kedudukan gagal melaksanakan misi itu selepas tumpas kepada Wahyu Nayaka-Ade Yusuf Santoso 16-21, 19-21.

Ia kali kedua berturut-turut Malaysia tewas kepada Indonesia dalam aksi final berpasukan selepas mengalami nasib sama dua tahun lalu di Kuala Lumpur.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...