EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Badan nampak semakin kurus, peminat risau lihat penampilan baru Janna Nick

0 month ago, 10-Jun-2021

Pelakon dan pengacara Janna Nick memuat naik gambar terbaru memperlihatkan dirinya memakai pakaian serba hitam menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, jelaslah ia bertujuan untuk mempromosikan jenama minyak wangi terkenal apabila pelakon itu dilihat memperagakan botol minyak wangi tersebut.

Namun apa yang mencuri perhatian peminat ialah tubuh badan pemilik nama Nurul Jannah Muner itu yang dikatakan nampak kurus.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut menyedari perubahan ketara bintang drama Marry Me Senorita itu.

Ada yang meluahkan kebimbangan manakala segelintir yang lain meminta tips kurus daripada pelakon berusia 26 tahun berkenaan.

Terdahulu, Janna Nick mendedahkan mendedahkan dirinya mengalami masalah gangguan bipolar dan mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Difahamkan lagi, kini dia bergantung pada ubat anti kemurungan bagi merawat penyakitnya itu.

: Instagram Janna Nick



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...