www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Bacaan IPU dua daerah di sabah berada ditahap tidak sihat

0 month ago, 16-Mar-2019



KOTA KINABALU - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua daerah di Sabah berada pada tahap tidak sihat setakat 12 tengah hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Kota Kinabalu ialah 141 berbanding hanya 60, semalam.

Loading...

Sementara bacaan IPU di daerah Kimanis juga menunjukkan peningkatan daripada 78 semalam, kepada 116 tengah hari tadi.

Dua daerah lagi pula mencatat IPU sederhana, dengan Sandakan merekodkan 54 dan Keningau 69.


Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). -Bernama




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts