www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kaka Azraff Selamat Bertunang Dengan Usahawan Kacak, Bakal Adakan Majlis Bulan Ini?

0 month ago, 07-Dec-2018


Please follow and like us:

1

Penyanyi Kaka Azraff dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama seorang usahawan kacak yang bernama Adam.

Hubungan antara pelantun lagu Bukan Hal Aku dan teman lelakinya itu dikatakan sudah memasuki fasa serius.

Baru-baru ini, Gempak mendapat kiriman video dari seorang peminat.

Menerusi video yang diambil dari ruangan Instagram Stories milik Adam, keluarga teman lelaki Kaka dilihat berkunjung ke rumah penyanyi terbabit.

Ada seorang wanita yang menyarungkan cincin ke jari manis Kaka, tetapi Gempak tidak dapat memastikan sama ada majlis yang berlangsung itu merupakan majlis pertunangan atau majlis merisik.

Adam turut berkongsi fotonya bersama Kaka dengan kapsyen, Say hello to my soon to be ex girlpren @kakaazraff.

Pada 13 November lalu, pereka fesyen Tengku Syahmi turut berkongsi foto Kaka dan kekasih di laman Instagram peribadi miliknya bersama kapsyen yang menimbulkan tanda tanya.

This very Sibuk couple. It has been nothing but a love laughfest getting to know the both of you! Looking forward to December guys! tulis Syahmi.

Kapsyen Syahmi seakan memberikan bayangan akan ada majlis melibatkan Kaka dan kekasih yang bakal berlangsung pada Disember ini.

Jika benar anak saudara kepada Ratu Rock Ella itu sudah bertunang, Gempak ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Kaka atas berita gembira ini

Semoga hubungan yang dibina kekal abadi dan semestinya Gempak tidak sabar mahu menantikan Kaka naik pelamin dengan pasangannya!

: Gempak

Awi Rafael Lamar...Saya Terus Jawab ??Yes? ?? Kaka Azraff

Penyanyi Kaka Azraff mengakui memberikan jawapan ya ketika Awi Rafael melamarnya beberapa bulan lalu.

Pelantun lagu Bukan Hal Aku itu berkata, Awi telah bertemunya pada bulan September lepas dan bertanya sama ada dia bersetuju untuk menjadi pasangannya.

Ya, Awi ada bertemu dan melamar saya beberapa bulan lepas, dan saya terus jawab yes! Tapi Awi bukan ajak bercinta, dia mahu saya jadi teman duetnya dalam program terbaru terbitan Astro iaitu Duo Star.

Saya tidak teragak-agak untuk jawab ya kerana selepas meneliti format program berkenaan, ia sangat menarik dan lain daripada program realiti sedia ada.

Lagipun saya dan Awi sudah lama kenal dan kami pernah bekerjasama, jadi tidak sukar untuk kami mencari chemistry, kata Kaka ketika ditemui Astro Gempak.

Ketika ditanya tentang gosip cintanya dan Awi, Kaka memberitahu keakraban di antara mereka telah disalah erti oleh sesetengah pihak, tambahan lagi apabila peminat mula mewujudkan hashtag #kakawi di laman sosial Instagram.

Hubungan di antara kami tidak melibatkan soal hati dan perasaan dan apa yang diperkatakan sebelum ini tentang kami hanyalah salah faham.

Apabila berkaitan dengan kerja saya seorang profesional dan tidak pandai mencampur-adukkan dengan perihal peribadi.

Tiada putik-putik cinta dan hubungan kami hanyalah sekadar rakan biasa sahaja, ujarnya.

Sementara itu Awi Rafael ketika ditemui bersama Kaka memberitahu, dia tidak pernah mengambil serius tentang gosip yang melibatkan dirinya kerana mahu memberikan fokus kepada kerjayanya sebagai penyanyi, penulis lirik dan komposer.

Saya tidak kisah tentang gosip kerana dalam hidup saya, kerja itu lebih penting. Lagipun memang benar kata Kaka, kami selalu bersama kerana Duo Star.

Malah saya bersyukur kerana, para peminat juga bersetuju kami menjadi pasangan duet dan menyokong kami sehingga mewujudkan hashtag #kakawi di Instagram.

Saya selesa berkawan dengan Kaka sejak dahulu lagi kerana kami mempunyai pemikiran dan pandangan sama dalam pelbagai hal, dalam erti kata lain sekepala, katanya ketawa.

Dalam perkembangan lain, Kaka berkata dia kini sedang dalam proses menyiapkan single terbarunya dan bakal merakamkan sebuah lagu duet bersama Awi sebagai lanjutan kepada gabungan mereka di pentas Duo Star.

Duo Star bakal bersiaran bermula 25 Disember depan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada pukul 9 malam.

: Gempak


SUMBER : gengsembang.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts