EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Azmeer Bantu Orang Islam Untuk Belajar Mengaji Secara Percuma

0 month ago, 01-Jul-2020


Bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof  yang baru sahaja bersara dari skuad helang merah telah membuka rumah khas untuk sesiapa sahaja yang ingin datang mengaji dan belajar tentang Al-Quran.  Oleh yang demikian, Azmeer telah melantik seorang tenaga pengajar iaitu, Muhammad Asyraf Amiruddin.



Tugas Asyraf adalah untuk mengajar mereka yang datang mengaji secara percuma bermula 9 pagi hingga 10 malam. Tanpa mengira tua dan muda, korang dialukan untuk datang belajar daripada alif, ba, ta atau terus membaca Al-Quran. Jadi, kepada orang ramai yang berkelapangan dalam tempoh masa tersebut boleh pergi ke sana untuk mendalami Al-Quran.


Semoga kerja amal yang dilakukan Azmer mendapat keberkatan serta dipermudahkan. Untuk pengetahuan korang, Azmeer yang kini berusia 30 tahun telah bermain bersama 7 pasukan di liga Malaysia antaranya Perak, Negeri Sembilan, ATM dan Kedah.

OHMEDIA: HANYA ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MEMBALAS KEBAIKAN BELIAU

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Azmeer bantu orang islam untuk belajar mengaji secara percuma di Facebook Oh! Media





: Oh! Media

SUMBER : terengganu11.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...