EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Azlan pertaruh koleksi peribadi

0 month ago, 15-Jan-2020

BERSANDARKAN semangat baru, penyanyi dan komposer Azlan & The Typewriter tampil dengan lagu solo berjudul Jangan Khianati Aku yang semakin diminati ramai.

Lagu hasil ciptaannya sendiri itu adalah koleksi peribadi yang disimpan selama dua tahun dan kini dipertaruhkan.

Azlan ketika ditemui di majlis pelancaran lagu itu baru-baru ini berkata, dia tidak menjangka karya Jangan Khianati Aku berjaya melonjakkan semula namanya di persada industri muzik tanah air.

Ia rezeki buat saya untuk mewarnai kembali kerjaya nyanyian yang barangkali sepi selama beberapa tahun ini. Saya mengambil langkah menyendiri seketika untuk mencari ruang dan sentuhan baru bagi diketengahkan kepada pendengar muzik masa kini.

Apatah lagi, saya dapati cita rasa pendengar muzik sekarang sentiasa berubah dan sukar dijangka. Jadi, sebagai penggiat seni harus lebih kreatif, katanya.

Berbicara juga impian besarnya, Azlan yang pernah menganggotai kumpulan Meet Uncle Hussein (MUH) berhasrat mahu berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Katanya, dengan genre rock dipertaruhkan untuk lagu Jangan Khianati Aku, Azlan yakin berkemungkinan ada peluang buatnya untuk ke pentas AJL.

Apapun, ini sekadar harapan saya saja. Selebihnya, tetap bergantung pada rezeki. Semoga ada sinar lebih cerah.

Di hati ini, ikutkan memang berasa rindu juga untuk berentap di AJL. Ini kerana, umum tahu pentas AJL itu memiliki prestij tersendiri, katanya.

Dalam pada itu, Azlan menafikan dia menyepi selama dua tahun dari industri muzik sejak 2017 kerana tergugat dengan kemunculan golongan penyanyi Budak Baru Nak Up (BBNU).

Azlan berkata, tindakan itu dilakukannya untuk bermuhasabah diri serta mengenal pasti genre lagu yang disukai pendengar.

Sejak dimuat naik di YouTube, muzik video lagu berkenaan sudah mencatat lebih 1.6 juta tontonan.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...