www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Azizulhasni raih emas kelima Kejohanan Trek Asia

0 month ago, 14-Jan-2019





KUALA LUMPUR, 7 Jamadilawal 1440H, Ahad Jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya menamatkan kemarau pingat pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia kali ke-39 selepas meraih pingat emas dalam acara pecut individu di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia, hari ini.

Pelumba kelahiran Terengganu itu meraih pingat emas kelima dalam kerjayanya selepas memenangi emas dalam acara berkenaan pada edisi 2008, 2009, 2014 dan 2017.

Pada pentas final, Azizulhasni, yang diberi jolokan ' The Pocketrocketman', menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan cabaran pelumba China, Xu Chao pada perlumbaan ketiga dengan catatan masa 10.154 saat (s) manakala Xu ketinggalan 0.004s.

Untuk rekod, Xu memenangi perlumbaan pertama dengan catatan 10.307s, sebelum Azizulhasni meraih kemenangan pada perlumbaan kedua dengan catatan 10.270s.

Seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang meraih pingat perak dalam acara keirin sebelum ini, menambah koleksi pungutan pingat apabila menewaskan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe pada aksi penentuan pingat gangsa.

Muhammad Shah memenangi perlumbaan pertama dan kedua, masing-masing dengan catatan 10.380s dan 10.449s..- Bernama




SUMBER : 1media.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts