www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Wan Azizah ketuai delegasi Malaysia di Geneva

0 month ago, 14-May-2019



GENEVA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengetuai delegasi Malaysia ke edisi keenam Platform Global Bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR) di Geneva, Switzerland dari 14 hingga 16 Mei.

Wakil Tetap Malaysia di Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Datuk Amran Mohamed Zin berkata, Dr. Wan Azizah dijadual menyampaikan ucaptama pada dua sesi utama persidangan itu yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Geneva (CICG).

Loading...

"Pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri majlis pembukaan GPDRR dan sesi pleno sejurus selepas itu, dengan beliau akan menjadi pemimpin pertama untuk menyampaikan ucapan rasmi negara pada sesi itu.

"Pada sebelah petang, Timbalan Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucaptama pada sesi khas GPDRR yang bertemakan Women Leadership in Disaster Risk Reduction (DRR)," katanya kepada media Malaysia mengenai lawatan Dr Wan Azizah itu di sini, pada Isnin.


Wan Azizah juga dijadual menyertai sesi meja bulat peringkat menteri pada Khamis di mana beliau akan menyampaikan ucapan yang relevan dengan tajuk sesi itu - Risk-Informed Investment and Economics of DRR. - Bernama




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts