EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ayati Tasrip temu jodoh lagi

0 month ago, 11-Jan-2020

PENYANYI veteran Ayati Tasrip tidak menyangka akan bertemu jodoh lagi pada usia 60 tahun apabila bakal melangsungkan pernikahan bulan depan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Khazanah Dari Malaya ini mula mengenali bakal suaminya yang dikenali sebagai Ariffin pada November lalu.

Ayati bergelar ibu tunggal sejak empat tahun lalu selepas suaminya, Zulkifly Halim meninggal dunia. Mereka memiliki empat anak dan lapan cucu.

Katanya, dia mula berkenalan dengan bakal suaminya ketika majlis minum petang bersama rakan-rakan di Laman Niaga, Ampang.

Di situ tempat artis-artis seangkatan saya berkumpul sambil berkaraoke secara terbuka. Kami pun tak tahu bila perasaan mula berputik. Dia mulakan dengan minta nombor telefon tanpa meletakkan harapan yang tinggi," katanya.

Menurut Ayati, respon yang diberikannya membuatkan bakal suaminya terkejut.

Dia memang serius nak cari isteri selepas setahun menduda akibat kematian isteri, manakala saya pula nak cari suami.

Saya berkawan dengan lelaki bukan semata-mata untuk suka-suka. Saya ada ramai kawan lelaki tapi ini yang betul-betul serius mahu memperisterikan saya," katanya.

Ayati berkata, bakal suaminya adalah pesara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tinggal di Kampung Pandan.

Dia pun mulanya tak terlintas nak kahwin lagi selepas kematian isteri. Tapi apabila tengok saya terus jadi suka. Dia tidak tunggu lama apabila melamar saya pada bulan yang sama dan kami kini sudah bertunang. Sekarang kali dalam proses buat persiapan untuk berkahwin yang dijadualkan pada Februari nanti," katanya.

Ayati berkata, walaupun berusia 68 tahun, bakal suaminya bebas penyakit dan nampak muda kerana aktif bersukan.

Ariffin orangnya penuh kasih sayang. Ia memenuhi ciri-ciri lelaki yang saya kehendaki kerana saya nak orang yang sayang saya sepenuhnya. Boleh dikatakan saat bercinta dengannya saat manis. Kami kerap berjumpa kerana jarak antara tempat tinggal yang dekat.

Saya pun selalu temankan dia makan di tempat terbuka. Kami gunakan peluang untuk mengenali hati masing-masing," katanya.

Mengulas penerimaan anak-anak, Ayati bersyukur mereka memahami perasaannya.

Waktu baru-baru kematian ayah mereka, anak-anak memang halang saya kahwin lagi. Tapi lama-kelamaan mereka tengok saya sunyi dan suruh berkawan. Apabila jumpa yang ini, mereka pun suka.

Saya pun dah kenal dengan dua anak bakal suami serta empat cucunya dan mereka dapat terima saya sebagai pengganti ibu mereka," katanya.

Ayati bercadang akan mengadakan tiga majlis kenduri iaitu dipihaknya, keluarga bakal suami dan untuk rakan-rakan artis.

Kenduri untuk rakan-rakan artis akan dibuat di Restoran Chef Zainal Tanjung Puteri, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Rakan-rakqn artis gembira saya nak kahwin dan nak taja macam-macam. Belum apa-apa lagi, dah ada yang bagi baju kahwin," katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...