EdisiViral.Com Search Guest Post Login

(Audio) 'Semua salah aku! Pala otak! Pergi mapuh!' - Housemates bergaduh pasal kebersihan, seorang nyaris dilempang

1 month ago, 06-Nov-2019


Apabila duduk di rumah sewa, penyewa haruslah menjaga kebersihan rumah itu seperti rumah sendiri. Lebih-lebih lagi golongan bujang kerana keselesaan penyewa yang lain perlulah dijaga. 

Tetapi, akan ada juga rakan serumah yang gemar menimbulkan masalah. Maka dengan itu, ajaklah berbincang dan ambillah kesempatan untuk menasihat dengan baik tanpa menguris hati mereka. 

Paling tidak pun, berbincanglah bagi menyelesaikan masalah yang timbul dan capai kata sepakat agar masalah itu tidak berulang. 

Berbeza dengan sekumpulan penyewa perempuan yang viral di media sosial baru-baru ini, katanya berbincang untuk selesaikan masalah di antara mereka mengenai soal kekemasan dan kebersihan. 

Perbincangan sepatutnya berbincang mengenai cara menyelesaikan masalah, namun bila diberi peluang untuk meluahkan ketidakpuasan hati, itulah kesilapan yang paling besar menyebabkan perbincangan itu bertukar menjadi pergaduhan. 

guys, my housemate tengah bincang to solve things and this happened. aku sendiri seriau dengar benda ni. i didnt expect this jadi macamni. ni perempuan tau guys, tolonglah kalau dah jadi housemate tu tolong ada common sense and manners. pic.twitter.com/WaUwq3i929
???????????????????? (@whelihood) November 4, 2019

part 2. i dont think shes okay mentally. like serious semua terkejut. pic.twitter.com/TjBv76KodT
???????????????????? (@whelihood) November 4, 2019

"Okaylah aku cerita since korang tanya. Aku letak 'M'sajalah as nama panggilan dia. Okay, M ni ajak kitorang semua duduk berbincang anything yang tak puas hati cakap depan-depan. Dia paksa semua orang dalam rumah tu kena ada dan semua kena bercakap. Then, M ni start bercakap. 

"First dia cakap elok, so everyone cakap elok jelah. Aku ni memang kalau gaduh ke apa, aku akan rekod just untuk bukti. 

"Then first housemate 1 cakap, second housemate 2 cakap and third housemate 3 cakap. Housemate 1 dan 2 cakap, dia still deny and try to manipulate.


"Tapi bila housemate 3 cakap dan tunjuk barang dia yang bersepah di luar tu, dia terus bangun dan menjerit macam orang gila lempang housemate 3 ni. And she even try to ambil camera stand nak baling dekat housemate 3. Tapi tak baling, but still it causing assault. 

"Actually tak habis semua orang cakap lagi, banyak lagi benda nak cakap. She even suka sepahkan barang dia di ruang tamu. Dia tidur di ruang tamu, sepah-sepah makanan, plastik keropok, stokin campak, pads di ruang tamu, toilet tak payah cakaplah. 

"Jenis barang dia pun orang kena kemaskan, pinggan hari-hari atas meja pun tak boleh tolong basuh, toilet pun orang tolong flushkan. 

"Dia marah kitorang sebab dia cakap kitorang tak basuh pinggan dalam sinki. Actually pinggan tu baru malam semalam as kitorang busy sehari pergi muet. 

"She didn't lempang yet, but she causing assault which about to lempang but sempat ditahan." 

Bagaimanapun, netizen berpendapat, cara mereka menguruskan perbincangan itu tidak betul yang mendorong ke arah tercetusnya pergaduhan. 





Apa pun alasan, masalah atau pandangan, pokok pangkalnya jagalah kebersihan di rumah sewa kerana tahap kebersihan diri itu melambangkan keperibadian anda. 

: Naddy

SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic


loading...