EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Atletico seri lagi

1 month ago, 15-Feb-2020

ATLETICO Madrid dua kali dihambat pasukan lawan untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang Valencia sekali gus membolehkan pasukan bimbingan Diego Simeone ini kekal di tangga keempat La Liga menjelang kunjungan Liverpool minggu depan.

Atletico akan menanti pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Wanda Metropilitano bagi saingan 16 pasukan terakhir pusingan pertama Liga Juara-Juara.

Bekas pemain Real Madrid, Marco Llorente meletakkan pasukan pelawat di depan sebelum Valencia menyamakan kedudukan hasil tandukan jarak dekat, Gabriel Paulista lima minit sebelum rehat.

Tiga minit kemudian pemain tengah Ghana, Thomas Partey kembali meletakkan Atletico mendahului perlawanan namun Geoffrey Kondogbia berjaya membantu untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata selepas meledak gol penyamaan sebaik sambung babak kedua.

Ini adalah kali ke-10 Atletico mencatatkan keputusan seri dan ia membolehkan mereka mengutip 40 mata, manakala Valencia di tangga keenam dengan ketinggalan dua mata di belakang.

Kami berada di landasan terbaik. Ini adalah perlawanan penting di mana kami terlepas peluang untuk menjaringkan gol di kedua-dua separuh masa, kata Simeone.

Barcelona, yang ketinggalan tiga mata di belakang Real Madrid akan menanti kunjungan Getafe hari ini.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...