EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Asyik sibuk berniaga di kampung, balu Abam bawa anak berjalan2 sekitar KL

0 month ago, 14-Sep-2020

Selepas selesai isu tuntutan faraid Khamis lalu, balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah meluangkan masa dengan membawa anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi laman Instagram, ibu berusia 28 tahun berkenaan berkongsi posting memaparkan Hamzah yang berusia setahun dua bulan itu seronok menikmati pemandangan di ibu kota beberapa hari lalu.

Happy anak ibu berjalan-jalan sekitar bandaraya KL,tulisnya ringkas.

Posting tersebut mendapat perhatian netizen bagi memberikan komen dimana rata-rata memuji kecomelan anaknya yang sudah mula pandai berjalan.

Tidak kurang terdapat juga segelintir menitipkan kata-kata semangat agar Hidayah terus kuat membesarkan Hamzah tanpa kehadiran suami di sisi.

Hidayah berkahwin dengan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan pada 2017 dan dikurniakan Hamzah sebelum pelawak tersebut meninggal dunia pada 10 Februari lalu.

: Hidayah Abam


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...