EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Asyik kena dukung dengan Idris Khan, netizen persoal berat badan Intan Najuwa

0 month ago, 16-Aug-2019

Bagi kaki drama yang selalu lepak depan televisyen setiap malam, pasti mengetahui tentang drama Tuan Danial yang baru ditayangkan sejak minggu lalu.

Drama gandingan pelakon Idris Khan dan Intan Najuwa itu dikatakan mampu menarik perhatian penonton untuk melekat pada setiap episod kerana terdapat babak dan jalan cerita penuh sweet.

Baru-baru ini, terdapat satu babak lakonan dimana Idris dengan selamba mengangkat aktres berusia 22 tahun itu sehingga membuatkan ramai terhibur.

Rakaman video berdurasi 17 saat itu kelihatan Tengku Ismahanim (Intan) yang memegang pencuci lantai dan baldi telah menghalang Tuan Danial (Idris) di laluan pintu.

Namun secara tiba-tiba Tuan Danial mengangkat dan mengalihkan Tengku Ismahanim ke tepi dengan mudah! Nasib baik fizikalnya kecik molek, memang senang la kan.

Posting tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata meluahkan perasaan terhibur mereka dengan memberikan pelbagai komen.

: Intan Najuwa

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com