www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Astro tawar VSS kepada kakitangan

0 month ago, 07-Dec-2018



KUALA LUMPUR - Astro Malaysia Holdings Bhd akan melaksanakan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada kakitangannya berikutan landskap ekonomi keseluruhan yang mencabar.
Astro berkata, langkah itu akan membolehkan kumpulan tersebut meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan perbelanjaan operasi tahunan.

Loading...


Penyedia perkhidmatan berbayar TV satelit terbesar di Malaysia itu berkata, skim tersebut ditawarkan semata-mata secara sukarela dan telah menyediakan program peralihan yang akan memberi sokongan yang tepat kepada pekerja yang memilih VSS, termasuk program latihan kejurulatihan dan peningkatan kemahiran.

"Industri media dan hiburan kini beroperasi dalam persekitaran disruptif yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Pemain industri dikehendak menyesuaikan diri dengan pantas untuk kekal relevan dalam realiti baru ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Henry Tan berkata, persaingan terus meningkat dalam dunia yang semakin tidak bersempadan dan digital.
"Astro proaktif untuk mengukuhkan semula kumpulan bagi mengukuhkan kedudukannya di pasaran dan kekal relevan pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Di Bursa Malaysia hari ini, harga saham Astro ditutup dua sen lebih rendah kepada RM1.36 dengan 6.85 juta saham bertukar tangan. - Bernama


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts